Kemasukan Tesla ke Malaysia telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kemasukan Tesla ke Malaysia telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’">

Kemasukan Tesla ke Malaysia telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’

  • The electric car giant from the United States, Tesla, dikhabarkan akan membuka pejabat di Malaysia. Sebelum ini, pemerintahan Indonesia telah meramalkan pengeluar milik orang terkaya dunia, Elon Musk, akan melabur di Indonesia.

  • Menteri ko-Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Pandjaitan pun buka suara. Menurutnya, tidak ada salahnya Tesla membuka pejabat di Malaysia.

  • "Kan kantor di mana aja boleh dibangun,"  kata Luhut singkat usai melakukan Rapat Kabinet Paripurna di Istana Negara, Jakarta Pusat, Khamis (2/3/2023).
  • Luhut enggan bicara banyak, soal kemungkinan Tesla bakal masuk ke Indonesia. Dia mengatakan kepastian investasi Tesla akan diumumkan bila insentif kendaraan letrik sudah diumumkan. (Via,finance.detik.com)
<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kemasukan Tesla ke Malaysia telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’">

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR: Saham syarikat-syarikat berkaitan kenderaan elektrik (EV) menyaksikan momentum belian (3 Mac, 2023) susulan kelulusan diberikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kepada permohonan Tesla untuk mengimport kenderaan bateri elektrik (BEV) ke Malaysia.

Dalam dagangan awal semalam (3 Mac, 2023), KESM Industries Bhd melonjak 26 sen kepada RM8.40, Pentamaster Corporation Bhd menambah empat sen kepada RM4.94, Genetec Technology Bhd menokok dua sen kepada RM2.83 dan Hong Seng Consolidated Bhd naik setengah sen lebih tinggi pada 13.5 sen.

   
READ MORE

Investasi Amazon Web Services mengukuhkan Malaysia sebagai pusat digital pilihan ASEAN

Kemasukan Tesla ke Malaysia telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’ bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan dan menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV. 

Di samping itu, inisiatif ini bertujuan untuk mendapatkan pelaburan daripada syarikat pengeluar BEV global terkemuka di Malaysia. 

Tesla ialah pemohon pertama inisiatif oleh MITI ini.

Tesla beroperasi menggunakan model jualan pengguna secara terus tanpa membabitkan pengedar.

Pusat Pengalaman Tesla (Tesla Experience Center) adalah lokasi di mana pengguna boleh mempelajari lebih mendalam mengenai kenderaan itu.

Bakal pembeli perlu membuat tempahan secara dalam talian dan kereta akan diterima selepas stok diperuntukkan.

Tesla Inc adalah multinasional Amerika Syarikat (AS) yang beribu pejabat di Austin, Texas yang terbabit dalam bidang automotif, kecerdasan buatan dan tenaga bersih.

Syarikat ini mereka bentuk dan mengeluarkan EV (kereta dan trak), simpanan tenaga bateri dari rumah ke skala grid, panel solar serta produk dan perkhidmatan berkaitan.

Tesla adalah salah satu syarikat paling bernilai di dunia dan setakat ini, ia adalah pengeluar kenderaan paling bernilai di dunia.

Syarikat itu mempunyai lebih 120,000 pekerja di seluruh dunia.

Menteri Perdagagan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kekuatan sektor elektrik dan elektronik (E&E) di negara ini telah menarik Tesla untuk memilih Malaysia.

Beliau berkata, sektor E&E dan semikonduktor, adalah komponen penting dalam mana-mana pembuatan kenderaan elektrik (EV) dan ini membuktikan Malaysia mempunyai ekosistem yang kukuh untuk menyokong pembuatan EV.

Ditanya mengenai anggaran saiz pelaburan Tesla, Tengku Zafrul berkata ia belum dimuktamadkan.

“Ini adalah pelaburan swasta dan kami akan menunggu,” katanya.  [HSZ] 

Sumber– Bernama

Editor;  Helmy Network

 TAGS; #economic #news #fortunaFinance #Industry #Tesla #stock #exchange

VIDEO ;


No comments