Inilah Beza Pemikiran Dato' Sri Najib Razak dengan PH Politicians
Inilah Beza Pemikiran Dato' Sri Najib Razak dengan PH Politicians
" Saya lebih cenderung untuk membantu dan melihat Negara Malaysia bina kekayaan (wealth creation) manakala mereka lebih suka binasa kekayaan "(wealth destruction) - Dato' Sri Najib Razak
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - PH politicians Rafizi kata, kerajaan tidak patut bantu Sapura sebab:
- Kerajaan sudah suntik berbilion-bilion dalam Sapura sejak satu dekad lalu.
- Bantu Sapura maksudnya bantu golongan elit.
- Lebih baik bahawa berbilion-bilion itu dibelanjakan untuk bantu Rakyat.
Entah dari longkang mana dia kutip fakta.?!
Golongan elit mana yang dia dimaksudkan?
Pemegang ASB? Pekerja-pekerja Sapura? Ribuan vendor-vendor Bumiputra Sapura serta pekerja mereka yang terkesan dan bakal turut muflis atau hilang pekerjaan?
Ataupun bank-bank tempatan seperti Maybank (milik PNB), CIMB (milik Khazanah) dan RHB (milik KWSP) yang akan menghadapi kerugian sebanyak RM10 bilion yang dipinjam kepada Sapura.
Ataupun anak Tun Mahathir yang sudah tiada kepentingan dalam Sapura sejak tahun 2017. Dan sebab apa saya (DS Najib) nak bantu anak Tun sekiranya dia masih ada kepentingan?
Ataupun Shahril Shamsuddin yang masih ada kepentingan 10% dalam Sapura setelah bersara dari Sapura pada bulan Mac 2021 lalu?
Sebab Shahril ada kepentingan 10%, ianya lebih wajar bagi PNB rugi 4 kali ganda lebih besar dengan kepentingan 40% nya supaya Shahril tak mendapat manfaat?
Ini seumpama "saya lebih rela untuk rugi RM400 berbanding bantu seorang lagi kekalkan duit RM100nya".
Jadi, golongan elit mana yang dia maksudkan?
Dia kata ianya lebih elok untuk wang berbilion-bilion digunakan untuk bantu Rakyat berbanding bantu Sapura.
Tapi kalau Sapura tidak dibantu dengan kemudahan soft loan maka sudah pasti wang pemegang ASB sebanyak RM4 bilion hangus begitu sahaja.
Masalah Sapura pada ketika ini bukan penyelewengan atau salah urus tadbir.
Ianya berlaku sebab bank tak lulus pinjaman modal kerja sebanyak RM2 bilion pada tahun 2019. Lalu lockdown dan penutupan sempadan seluruh dunia dan Malaysia menghalang Sapura untuk menyampaikan kontrak-kontrak sedia ada.
Jika kontrak tidak diusahakan maka Sapura tak terima bayaran dari customer.
Dan jika tak terima bayaran maka Sapura tak mampu bayar vendor dan bayar faedah bank.
Sebelum tahun 2019, aliran masuk wang tunainya (garis biru dalam graf) masih mampu membayar faedah bank (garis hijau) dan vendor sebab ianya
Tetapi ianya sebaliknya bermula tahun 2019 setelah PNB beli kepentingan 40% untuk menjadi pemegang saham terbesar.
Kenapa begini? Maka kena tanya kerajaan PH serta pengerusi PNB masa itu?
Lagi parah ialah kemudahan bank Sapura dibeku pada Oktober 2021
- Menyebabkan Sapura tidak mampu lagi beroperasi seperti biasa dan tidak layak lagi untuk membida dan memenangi projek-projek baharu.
Okay, kita bandingkan apa yang akan terjadi sekiranya Sapura dibiarkan lenyap atau diselamatkan.
Sekiranya Sapura MUFLIS:
- Kerugian secara langsung kepada 10.6 juta pelabur ASB adalah sebanyak RM4 bilion
- Kerugian secara tidak langsung kepada PNB, KWSP dan lain-lain tabung simpanan rakyat akibat hutang sebanyak RM10 bilion kepada bank-bank tempatan termasuk Maybank milik 50% PNB adalah lebih tinggi. Jika kerugian hutang RM2.5 bilion akibat Genting HK memberi impak maka ini bakal merupakan kerugian RM10 bilion.
- Hampir 10,000 pekerjaan bergaji tinggi akan hilang.
- Sekitar 4,500 vendor/pembekal akan terjejas -kebanyakannya merupakan syarikat Bumiputra.
- Aset-aset berharga Sapura bakal dijual dengan harga amat murah (firesale prices) kepada orang Asing.
- Malaysia akan kehilangan syarikat perkhidmatan perkhidmatan petrolium terbesar negara bagi sektor paling penting negara.
- Malaysia juga akan kehilangan sebuah syarikat MNC sebab Sapura juga banyak memenang dan mengusahakan projek di lebih 30 negara Asing.
Tak untungkan satu sen pun untuk negara. Langsung tak ada manfaat bagi mana-mana pihak.
Cadangan saya (DS Najib) ialah untuk Petronas mengambil alih Sapura Energy dari PNB sebab Petronas memang adalah customer dan perlukan perkhidmataan, kepakaran dan aset-aset Sapura.
Petronas juga ada pengalaman yang mendalam bagi sektor minyak dan gas.
Lebih-lebih lagi Petronas kini dalam mode pelaburan dengan perbelanjaan CAPEX yang naik dari RM30b tahun lepas ke RM50b tahun ini sebab harga minyak dan gas kini amat tinggi berbanding sejarah.
Jika tak guna Sapura maka kontrak Petronas mungkin diberi kepada syarikat-syarikat Asing.
Dan pada ketika ini di mana harga minyak dan gas melambung tinggi inilah di mana peluang di seluruh dunia bagi syarikat perkhidmatan oil dan gas adalah paling cerah.
Setelah Petronas mengambil alih dan memberi pinjaman mudah atau suntik wang baharu:
- Sapura boleh sambung beroperasi untuk menyiapkan kontrak dan tidak lagi terdedah kepada risiko penalti lewat dari customer
- Keyakinan vendor akan pulih
- Keyakinan customer akan pulih
- Keyakinan bank untuk memberi semula kemudahan kewangan kepada Sapura akan pulih.
Selepas pulih, nilai Sapura akan naik semula ke paras sedia ada - iaitu berpuluh kali ganda lebih tinggi berbanding sekarang.
Dan selepas pulih, Petronas boleh jualkan sebahagian kepentingan saham dalam Sapura untuk mengaut keuntungan besar sebagaimana Petronas jual 5.11% daripada MSIC dengan nilai RM1.8 bilion pada tahun 2019 di bawah kerajaan PH dan penjualan kepentingan 6% dengan nilai RM1.77 bilion pada bulan Disember 2020 bawah kerajaan PN.
Selepas kedua-dua penjualan saham tersebut, Petronas masih pemegang saham terbesar syarikat MISC.
Oleh sebab Sapura bakal berjaya dipulih maka RM4 bilon wang rakyat dalam ASB dapat diselamatkan dan kerajaan berpotensi menjana keuntungan berpuluh bilion Ringgit setelah nilai Sapura pulih ke keadaan sebelum kemelutnya.
Masa itu, kerajaan akan mempunyai dana yang jauh lebih besar dari kenaikan nilai Sapura untuk membantu Rakyat.
Pekerja Sapura serta vendor-vendor Sapura happy,😊 bank-bank tempatan serta tabung-tabung simpanan rakyat happy,😊 kerajaan happy, 😍 dan pemegang ASB juga happy.😊
Negara Malaysia juga akan mempunyai syarikat MNC yang lebih kuat dalam sektor paling penting negara - iaitu sektor Oil dan Gas.
" Bagi saya, pemikiran Rafizi sangat sempit, bersifat dengki, tak mampu nampak "big picture", tak nampak kesan rantaian ekonomi dan tak nampak peluang bagi negara membina kekayaan " -Dato' Sri Najib Razak
Dan inilah beza pemikiran orang PH dengan Dato' Sri Najib Razak
Dato' Sri Najib Razak lebih cenderung untuk membantu dan melihat Negara Malaysia bina kekayaan (wealth creation) manakala mereka lebih suka binasa kekayaan (wealth destruction).[hsz]
Reference ; DS Najib Razak
Editor ; Helmy Network
#analysis, #conspiracyarchive, #featured, #sapiraenergy, #najibrazak, #umno_bn, #news politics,VIDEO :
No comments
Post a Comment