#PRNJohor, Kerjasama PAS-Bersatu Seakan Mahu Muktamadkan 'Muafakat Nasional'

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="#PRNJohor, Kerjasama PAS-Bersatu Seakan Mahu Muktamadkan 'Muafakat Nasional">

#PRNJohor, Kerjasama PAS-Bersatu Seakan Mahu Muktamadkan 'Muafakat Nasional'-DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN

"Ramai sudah lupa atau masih tidak sedar apa yang telah berlaku"

FORTUNA MEDIA - Ada yang masih menggunakan alasan bahawa #UMNO pernah bersetuju untuk mengajak PPBM menyertai Muafakat Nasional (#MN) lalu kami memungkiri janji sebagai propaganda bahawa UMNO yang tidak jujur.
Ya, surat jemputan kepada PPBM pernah ditandatangan pada akhir bulan Ogos 2020 tetapi tak sampai 3 minggu kemudian, PN meletakkan calon untuk melawan BN di 17 kerusi DUN dalam #PRNSabah.
PN juga meletakkan calon bebas di 6 kawasan DUN yang ditanding #BN untuk memecah undi kita.
Bagaimanapun, BN masih memenangi jumlah kerusi terbanyak dengan 14 kerusi berbanding 11 kerusi DUN bagi PPBM (yang sebenarnya semua adalah bekas pemipin UMNO Sabah yang lopat ke PPBM selepas PRU14).
Sebab itu, UMNO rasa dikhianat.
UMNO terpaksa melepaskan banyak kerusi tradisional BN yang mempunyai peluang tertinggi untuk menang kepada PPBM sebagai sebahagian rundingan akan diberi jawatan Ketua Menteri sekiranya gabungan kita menang.
Pun begitu, mereka masih melawan BN di 17 kerusi dan letakkan calon bebas di 6 kerusi untuk pecah undi BN.
Dan walaupun BN berjaya memperolehi jumlah kerusi DUN tertinggi, Ketua Menteri Sabah pula dilantik dari PPBM.
Jadi, adakah kamu masih mahu gunakan propaganda bahawa UMNO yang mungkir janji dan khianat #MN serta #PAS sebab tidak teruskan untuk mengajak PPBM sertai MN, setelah kita sedar kita telah dikhianat oleh puak yang tidak jujur?

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="#PRNJohor, Kerjasama PAS-Bersatu Seakan Mahu Muktamadkan 'Muafakat Nasional">
Sebab apa kita perlu bekerja sama dan berkawan dengan pihak yang niat sebenar yang mula-mula disorok mereka adalah untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya dengan menggunakan pelbagai cara termasuk sogok ahli kita dan khianat kita?
Akar umbi UMNO amat sedar pengkhianatan dan niat mereka dan telah sebulat suara membuat keputusan di PAU UMNO untuk menolak kerja sama dengan PPBM juga menolak pembentukan gabungan politik bersama PN pada PRU14.
"28 Mac 2021: PAU 2020: UMNO muktamad tolak kerjasama dengan BERSATU"
Jadi, pemimpin-pemimpin UMNO sekarang perlu menghormati keputusan muktamad PAU.
"27 Sept 2020: Zahid Hamidi rasa UMNO dikhianat"
https://suara.tv/.../zahid-hamidi-rasa-umno-dikhianati.../ Source ; facebook.com/najibrazak #kualalumpur, #articlereview, #detailedarticle, #featured, #malaysianpolitics, #newspolitics,

VIDEO ; 

ViralNow! Abang Mat Sabu @ PAN Sindir Politiking Tuan Guru Haji Hadi 😂

No comments