SUBHANALLAH, INDAHNYA! #10 FOTO FENOMENA HALO MATAHARI DI MALAYSIA


<img src="https://fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="SUBHANALLAH, INDAHNYA! #10 FOTO FENOMENA HALO MATAHARI DI MALAYSIA">

SUBHANALLAH, INDAHNYA! #10 FOTO FENOMENA HALO MATAHARI DI MALAYSIA

FENOMENA YANG BUAT RAMAI EXCITED.!

FORTUNA MEDIA- Kuala Lumpur. Media sosial dipenuhi keindahan paparan photo-photo rakaman fenomena dikenali sebagai 'Halo Matahari' yang berlaku sejak tengah hari pada hari tersebut (02 Ogos 2021)

Fenomena Halo Matahari berlaku kali ini dapat dilihat dihampir ke semua Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia selepas ia diselaputi awan nipis atau dikenali sebagai awan cirrucumulus.

<img src="https://fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="SUBHANALLAH, INDAHNYA! #10 FOTO FENOMENA HALO MATAHARI DI MALAYSIA">


<img src="https://fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="SUBHANALLAH, INDAHNYA! #10 FOTO FENOMENA HALO MATAHARI DI MALAYSIA">

<img src="https://fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="SUBHANALLAH, INDAHNYA! #10 FOTO FENOMENA HALO MATAHARI DI MALAYSIA">




Tahukah Anda, Apakah penyebab berlakunya Fenomena Halo Matahari ?

Seperti dipublish ms.wikipedia.org  Fenomena Halo, adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi.

Di bahagian Benua Eropah dan sebahagian daripada Amerika Syarikat sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Sebelum ini pernah juga berlaku di Utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 dan juga pada 28 April 2015 dalam lingkungan pukul 1.30 petang hingga 2.20 petang.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan  troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs (Parhelia). Dalam gambar-rajah dibawah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. 

Pembinaan tangen (tangent-garis singgung) ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.


<img src="https://fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="SUBHANALLAH, INDAHNYA! #10 FOTO FENOMENA HALO MATAHARI DI MALAYSIA">

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh cor0n4 (bukan viru$ ya😂) dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata Anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan seperti di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat berbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.[1]

<img src="https://fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="SUBHANALLAH, INDAHNYA! #10 FOTO FENOMENA HALO MATAHARI DI MALAYSIA">

Keindahan gegelung cincin mengelilingi matahari itu telah berjaya memukau pandangan orang ramai yang begitu excited terhadapnya.

<img src="https://fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="SUBHANALLAH, INDAHNYA! #10 FOTO FENOMENA HALO MATAHARI DI MALAYSIA">

<img src="https://fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="SUBHANALLAH, INDAHNYA! #10 FOTO FENOMENA HALO MATAHARI DI MALAYSIA">
                @twitter.com/romy schneider
<img src="https://fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="SUBHANALLAH, INDAHNYA! #10 FOTO FENOMENA HALO MATAHARI DI MALAYSIA">

Sehingga, warga dunia maya tidak melepaskan peluang untuk berkongsikan keindahan Halo Matahari di media sosial terutamanya di Facebook dan Twitter. Dan berkongsi rakaman photo-photo serta video fenomena berkenaan, yang dapat dilihat di tempat mereka [hsz].

Source of photos;
Facebook 
twitter.com/romy schneider
[1] ms.wikipedia.org
Editor. #Helmy Network

VIDEO, 

Amazing! Hanya Wanita Yang Bisa Melakukannya 💖

No comments