KISAH SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI DAN IBLIS


<img src="https://fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="KISAH SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI DAN IBLIS">

KISAH SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI DAN IBLIS

Telah di ceritakan di dalam sebuah riwayat :-

PADA suatu hari, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani,Qaddasallaahu Sirruhul 'Aziz, berjalan-jalan dengan muridnya di padang pasir. Waktu itu cuaca sangat panas, dan mereka sedang berpuasa. Mereka pun merasa letih dan dahaga.

Tiba-tiba, sekumpulan awan muncul, yang melindungi mereka dari panas terik matahari. Setelah itu, sebatang pohon kurma dan sebuah kolam air muncul di hadapan mereka. Mereka terpesona. Kemudian satu cahaya besar yang berkilauan, muncul dari celah awan di hadapan mereka dan terdengarlah satu suara dari dalamnya yang berkata :-

“Wahai Abdul Qadir, akulah Tuhan mu. Makan dan minumlah, kerana pada hari ini, telah aku halalkan untuk engkau apa yang telah aku haramkan untuk orang-orang lain.”

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani pun melihat ke arah cahaya itu dan berkata :-

“Aku berlindung dengan ALLAH dari godaan syaitan yang terkutuk.”

Tiba-tiba, cahaya, pohon kurma dan kolam itu semuanya hilang dari pandangan mata. Maka kelihatanlah Iblis di hadapan mereka dengan bentuk rupanya yang asli.

READ MORE

The Story of The Prophet Muhammad SAW
Misteri Nusantara



Iblis bertanya :-

“Bagaimanakah engkau dapat mengetahui itu sebenarnya adalah aku?”

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani menjawab :-

“Syari'at itu sudah sempurna, dan tidak akan berubah sampai Hari Kiamat. ALLAH tidak akan mengubah yang haram kepada yang halal, walaupun untuk orang-orang yang menjadi pilihan-Nya (Wali-Nya).”

Maka Iblis pun berkata lagi untuk menguji Syeikh Abdul Qadir al-Jailani :-

“Aku mampu menipu 70 kaum dari golongan Salikin (yakni orang-orang yang menempuh Jalan Kerohanian) dengan cara ini. Ilmu yang engkau miliki lebih luas daripada ilmu mereka. Apakah hanya ini jumlah pengikut mu? Sudah sepatutnya semua penduduk bumi ini menjadi pengikut mu, kerana ilmu mu menyamai ilmu Para Nabi.”

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani menjawab :-

“Aku berlindung kepada ALLAH Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui, daripada engkau. Bukanlah kerana ilmu ku aku selamat, tetapi kerana RAHMAT DARI ALLAH, PENGATUR SEKALIAN ALAM.”

Semoga Cerita Ringkas ini, Memberi Manfaat buat kita..
INSYAA ALLAH[hsz]

Sumber-Ⓜ️NasihatUstaz-
Editor, #HelmyNetwork

VIDEO; 

Siapakah Gadis Berjilbab Bersama Presiden Turki @Erdogan di #SummitConference_NATO di Brussels

No comments