Sungguh Mulia, Salam Maaf dan Perdamaian yang Dimulakan Ustaz Ebit Lew terhadap Nadir al-Nuri, dan Bro Firdaus Wong
Sungguh Mulia, Salam Maaf dan Perdamaian yang Dimulakan Ustaz Ebit Lew terhadap
Nadir al-Nuri, dan Bro Firdaus Wong
هٰۤاَ نْـتُمْ هٰۤؤُلَآ ءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۚ فَمِنْكُمْ مَّنْ يَّبْخَلُ ۚ وَمَنْ يَّبْخَلْ فَاِ نَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَّـفْسِهٖ ۗ وَا للّٰهُ الْغَنِيُّ وَاَ نْـتُمُ الْفُقَرَآءُ ۚ وَاِ نْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَـبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ۙ ثُمَّ لَا يَكُوْنُوْۤا اَمْثَا لَـكُم
Haaa-antum haaa-ulaaa-i tud'auna litunfiquu fii sabiilillaah, fa minkum may yabkhal, wa may yabkhal fa innamaa yabkholu 'an nafsih, wallahul-ghaniyyu wa antumul-fuqoraaa, Wa ing tatawallau yastabdil-qauman ghoirakum summa laa yakuunuuu amsaalakum
Artinya,
"Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang kikir, dan barang siapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah Yang Maha Kaya, dan kamulah yang memerlukan
(karunia-Nya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu." -
(Al-Qur'an, Surah Muhammad ayat 38)
"Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitnah dan menjatuhkan Saya. Saya maafkan semua yang pernah panggil Saya sy4itan, d4jjal, b43I, b0doh, penunggang, dan lain-lain. Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah Ayah Saya, Bidadari Saya, dan Anak-Anak Saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila".
"Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini. Niat Saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap Saya. Saya minta maaf ye pada semua".
"Saya berpesan pada diri Saya dan kita semua supaya bersatu hati dan Marilah kita bersama berdoa supaya Allah angkat musibah c0vid ini. Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus ini sembuh. Berat keadaan Negara kita semua".
"Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila dua orang berselisih keduanya tidak untung.
Tapi yang untung ialah sy4itan".
"Sekali lagi saya minta maaf. Doakan Saya ya".
"Cukuplah sampai sini ye. Ya, Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini Saya hadiahkan semua pahalanya buat Mak Ayah Saya",[1]
Itulah postingan Ustaz Ebit Lew yang beliau publish di media Facebook Page, dan Media Instagram beliau beberapa jam lalu.
Damaikanlah Ustaz Ebit Lew, Nadir al-Nuri, dan Bro Firdaus Wong
Saya berani bersumpah Demi Allah betapa besarnya sesungguhnya pengorbanan dan jasa ketiga-tiga insan ini untuk ummah. Nadir al-Nuri kehilangan anak sulung kerana Isteri yang sarat mengandung terpaksa merangkak di terowong bawah tanah yang dibom rejim penjajah Zionis. Ustaz Ebit Lew yang juga kehilangan Ayah ketika sibuk membantu orang susah. Bro Firdaus Wong berkali-kali diugut bvnuh kerana usaha dakwah dan mencegah kemungkaran. Pengorbanan ketiga-tiga insan ini hampir tiada taranya.
Allah Azza Wajalla tidak akan sekali-kali lupa bagaimana sayangnya Ustaz Ebit Lew kepada golongan gelandangan dan pinggiran. Allah juga tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Nadir al-Nuri keras berusaha membangunkan ekosistem kebajikan, pendidikan, dan perniagaan saudara kita Bangsa Palestine yang dijajah dan diperangi Zionis. Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Bro Firdaus Wong membimbing ramai saudara baru untuk kembali ke agama fitrah demi keselamatan dunia akhirat sedang dalam masa yang sama mendepani ancaman golongan ekstremis.
Sungguh, tiada siapa pun antara kita yang layak menghakimi ketiga-tiga insan ini. Kita selalu lupa betapa satu-satunya manusia yang sempurna dan bebas daripada dosa sudah pun wafat lebih seribu tahun yang lalu. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang memimpin Negara dalam rumah yang kecil hinggakan untuk sujud pun Isteri Baginda Rasul perlu mengalihkan kakinya. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang mempimpin Negara dalam keadaan kelaparan mengikat batu di perut Baginda. Tiada lagi insan sesempurna Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang bersegera mengagihkan harta-benda Baginda hinggakan wafat tanpa mewariskan kekayaan luar biasa kepada ahli keluarga Baginda.
Kita selalu meletakkan neraca kesempurnaan dalam menghakimi orang lain, hingga ke tahap segala jasa dan sumbangan insan lain diperkecil-kecilkan, sebaliknya segala kekurangan mereka diperbesar-besarkan dan diulang-ulang. Lebih parah, tanpa kita sedari api-permusuhan dan kebencian ditiup dengan kencang hingga ke tahap melaga-lagakan insan-insan yang sedang sama-sama melakukan kebaikan.
Hakikatnya, Allah Azza Wajalla menuntut kita untuk sentiasa berusaha mendamaikan saudara kita yang saling bermusuhan – bertelagah-bahkan hingga ke tahap kita dibenarkan berbohong dan menipu demi mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah.
Saya menyeru rakan-rakan untuk sama-sama kita menyeru usaha perdamaian secara baik antara Ustaz Ebit Lew dan Nadir al-Nuri ini. Sungguh ruginya kita berpecah dan berpihak sesama kita dalam keadaan rejim penjajah terus berkuasa membantai saudara kita. Sungguh ruginya kita berpecah-belah dalam keadaan ramai antara kita yang terkesan dengan situasi hidup sekarang di kala masih ramai yang memerlukan perhatian dan sumbangan. Betapa ruginya kita berpecah dan bertelingkah dalam keadaan saat ini wilayah kita dituntut kuasa besar RRChina Komunis dan Filipina di PBB.[2]
Ingatlah sungguh-sungguh pesanan Rasulullah ini kepada kita semua:
“Jauhilah sangka buruk, kerana bersangka buruk itulah ucapan yang paling dusta;
Janganlah mencari-cari isu;
Janganlah mencari-cari kesalahan;
Janganlah saling bersaing (dengan buruk);
Janganlah saling dengki-mendengki;
Janganlah saling memarahi; dan
Janganlah saling memusuhi!
Sebaliknya, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”
(Hadis Riwayat Muslim)
Source ;
[1] Ebit Lew Channel Telegram
[2] Abdul Muein Abadi/Facebook
Editor, Helmy Network
VIDEO: Ustaz Haji Badli Shah Alauddin,
"Mengapa Rakyat Malaysia Kini Begitu Melarat" dan Sengsara?😭
"Mengapa Rakyat Malaysia Kini Begitu Melarat" dan Sengsara?😭
No comments
Post a Comment