#5 Tips Sederhana Bisnis Car Wash Untuk Mencapai Sukses

<img src="ASIASpotlight.blogspot.com.jpg" alt="#5 Tips Sederhana Bisnis Car Wash Untuk Mencapai Sukses">

#5 Tips Bisnis Car Wash Untuk Mencapai Sukses


KUALA LUMPUR--Edited Edition. Sekitar akhir tahun 90an silam, Saya tertarik mempelajari tentang usaha/bisnis #CarWash. Sebab selama ini Saya perhatikan sangat kurang Orang-Orang Melayu yang mahu menceburi perniagaan 'carwash' ini.

Ok, membuka usaha ini tidak semestinya Anda harus memulai dengan mencari atau menyewa premis, cukup mulakan disekitar rumah Anda dahulu, yang penting ada kemudahan air dan sedikit kawasan lapang. Kebiasaan masyarakat kita bila ada kawasan depan rumah tersebut hanya digunakan untuk parking kenderaan pribadi saja.

Untuk kelancaran bisnis pemula carwash ini, coba dahulu dengan Anda sendiri ataupun anak-anak Anda. Jika perlukan pembantu boleh cari orang lain, yang penting jangan Warga Asing pulak. bantulah Kerajaan Malaysia dengan tidak mengambil pekerja warga Asing. Bisnis carwash ini boleh untuk permulaan melatih anak-anak Anda dan keluarga Anda memulakan bisnis secara mudah dan menguntungkan

Well, membuka perniagaan atau layanan pencucian kereta dan motor ini memang merupakan salah satu usaha yang punya prospek baik. Maklum, seiring meningkatnya daya beli masyarakat, volume kenderaanpun terus bertambah setiap tahunnya.

Ya, ditambah lagi banyak pemilik kenderaan-motor yang terkadang malas untuk mencuci kendaraannya sendiri. Alhasil, tempat pencucian kenderaan kian menjamur disana-sini.

Be Smart ,Read More;

Apa yang Tidak Pernah Diceritakan Orang kepada Anda tentang Jam Tangan?

Untuk Anda yang Berminat Menceburi Usaha Prospek Bagus Ini, Sebaiknya Anda Perhatikan Beberapa Perkara berikut,

#1. Pemilihan Lokasi

Pemilihan lokasi bagi bisnis apapun adalah yang utama diperhatikan. Apatah lagi bisnis carwash yang lokasinya semestinya dikawasan strategik dan terletak dilaluan ramai kenderaan.

“Posisi menentukan prestasi”. Agar bisnis berjalan mulus dan lancar pilihlah lokasi usaha yang strategik dan sering dilalui orang, seperti dekat dengan Pusat Pembelanjaan (Mall / Pasar), Bengkel, atau Pump Stesyen Minyak / Petrol. Dan selain itu pastikan lokasi yang Anda pilih punya kawasan cukup luas agar bisa digunakan sebagai tempat parking.

#2. Promosikan Usaha Anda

Hal promosi juga tak kalah pentingnya bagi sesebuah perniagaan, kerana usaha ini perlu dikenali ramai orang. Promosikan usaha Anda di media sosial yang tidak perlu biaya apapun, hanya perlu buatlah flayer atau banner yang menarik di media sosial tersebut.

Dan jangan lupa upahlah anak-anak muda atau remaja untuk menyebarkan dari rumah ke rumah kertas brosur, flayer dan sebagainya. Dan juga pada hari Sholat Juma'at sebarkan dan letakkan di-Viper kenderaan dan pada bakul motor para pengunjung Masjid itu.

Coba juga lakukan seperti 'trik supermarket' yang selalu ada 'promosi discount' dan pemberian hadiah-hadiah. Bagi Anda pemula bisnis ini coba langkah mudah ini. iaitu dengan 'memberikan cucian free satu kali bagi pelanggan tetap yang telah mencuci kereta di tempat Anda'.

#3. Ambil Pekerja yang Pandai dan Baik

Memang untuk masa ini mahu cari pekerja tempatan sangatlah susah dalam bidang bisnis carwash ini. Kebanyakan pengusaha carwash biasanya mengambil pekerja Asing. Coba ubah sikap kita, carilah Anak-Anak OrangAsli Semenanjung atau Anak-anak Muda dari kampung Anda untuk bekerja.

Nah, Anda perlu berusaha sedikit, Anda boleh rekrut-latih Anak-Anak Remaja-Dewasa daripada Etnik Orang Asli Semenanjung. Jika Anda di Negeri Selangor atau Kuala Lumpur, Anda boleh cari di Daerah Gombak Batu 12.Gombak Negeri Selangor, di Negeri Pahang seperti di Cameron Highland. Ataupun berusaha sedikit cari mereka di Daerah Bahau Negeri Sembilan dan Negeri Kelantan.

Prihal mendapatkan pekerja untuk bisnis carwash ini adalah resiko yang mesti dihadapi bagi perniagaan carwash, Tidak mengapa! Yang penting Anda didik dan ajar mereka cara kerja yang betul dan jangan lupa agar bersikap baik, sopan dan ramah kepada setiap pelanggan yang datang ke carwash Anda.

#4. Buka Usaha Sampingan

Sudah tentu pelanggan Anda yang datang ke premis Anda, bukan selalunya bersendirian. mungkin membawa kawan-kawan, Anak-anak dan Istri dan lainnya.

Nah, apa salahnya di premis Anda disediakan sebuah warung kecil yang menjual minuman dan makanan-makan ringan atau juga makanan gorengan. Ditambah pula dengan menyediakan TV. surat-khabar, majalah. Dan ikut trend semasa coba sediakan wifi internet free bagi pengunjung premis carwash Anda.

Insya Allah, mereka akan betah-sabar menunggu sementara kereta mereka dicuci. dan tidak bosan disamping itu Anda memperolehi side-income dari buka usaha sampingan ini.

#5. Accountability Kewangan

Apa saja usaha bisnis yang Anda usahakan, persoalan kewangan adalah hal utama yang perlu perhatian lebih.

Lakukan pencatatan secara tersusun hasil kutipan usaha Anda baik secara harian, mingguan, bulanan dalam sebuah buku khusus. Dan berapa wang pengeluaran harian termasuk yang diguna-pakai oleh pekerja Anda baik untuk mereka ataupun untuk sesuatu yang penting berkaitan perniagaan Anda.

Buku catatan ini sangat penting, bukan semua pekerja akan jujur selamanya jika Anda memberi peluang kepada mereka berbuat curang misal penipuan wang keluar-masuk yang tidak betul.

Tetapi perkara ini jangan dijadikan fokus pemikiran sangat bagi Anda. Kerana jika Anda baik dan ikhlas atau lebih-kurang dengan pekerja, biasanya mereka tak sampai hati hendak menipu Anda.

Demikianlah tips sederhana untuk buka bisnis 'carwash'.
Semoga Bermanfaat,

Editor ; #Ryan Schneider
Edited ; Tue, 19 Januari 2021
Follow me at;
twitter.com/helmysyamza
facebook.com/helmy.zainuddin
linkedin.com/in/helmy-syamza
pinterest.com/hsyamza

No comments