20200619

Berlanglang Buana Menjelajahi Dunia Misteri Raga Sukma

<img src="fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="Berlanglang Buana Menjelajahi Dunia Misteri Raga Sukma">

Berlanglang Buana, Menjelajahi Dunia Misteri Raga Sukma

PESAN PAK MAT "INI OBAT SPECIAL UNTUK LELAKI & WANITA"

Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) separa #Lockdown, dilaksanakan di Malaysia sejak bermula pertengahan bulan March 2020, tepatnya sebelum bulan Ramadhan hingga pertengahan Bulan Ramadhan ini sudah dua kali bayangan sosok lelaki tua itu melintas di mimpi tidurku. Tapi, sosok lelaki tersebut rasanya tak kukenali sama sekali, ataupun mungkin beliau pernah ku jumpai dalam perjalanan hidupku. "Ahh, mungkin saja" kataku, menenangkan batinku..

Akhirnya malam itu, selepas shalat tahajud, sholat taubat, kulihat jam di dinding kamar menunjukkan angka lagi 15 minit pukul 3:00 dinihari. Ini waktu yang sangat sesuai untuk Aku me-raga sukma (rogo sukmo), menjelajahi masa dan mengikuti gerak hati, menemui bayangan, Siapakah gerangan lelaki tua itu?.

Tanpa berlengah lagi, kubaca do'a 'rogo sukmo' anugerah Sang Kyai, Akupun segera melejit terbang melintasi kampung-kampung disekitar pinggiran lembah kampungku. Terbang melaju keudara, kulihat jalan-lebuh raya sangat sepi tanpa kenderaan, disebabkan PKP, kalau Anda mahu merentas antar negeri sudah pasti, perlu surat izin Polis, Untuk urusan keperluan apa Anda menjelajah rentas negeri?, yang kini belum diperbolehkan sama sekali. Untungnya Aku boleh berlanglang buana kemana saja yang kuingini, bi-iznillah,!

Sudah lima belas minit Aku melejit terbang melintasi, bukit-bukit, rimba belantara, tanpa ada gangguan dari makhluk-makhluk penghuni alam ghaib, maklum malam ini malam juma'at, bulan puasa lagi.


Akhirnya, Aku sampai disebuah rumah tua, usang, kulihat sosok lelaki tua sedang mengulung rok*k pucuk daun nipah, wajahnya mirip dengan sosok yang kerap melintas dalam mimipi tidurku beberapa waktu ini. Dengan mengucapkan salam, Aku terus masuk kerumahnya, kerana pintu ruang tamunya masih terbuka, Apakah beliau memang sedang menunggu kedatanganku?. Sambil beliau menjawab salamku, terus dia berkata;

"Tak ingat kamu lagi sama Pak Mat ya"? katanya memulai.

"Maaf, Pak Mat Aku benar-benar lupa?.. Siapa Pak Mat ni? soalku gugup..

"Hehe, Kamu tak ingat sewaktu datang berobat kerumah-pondok saya dahulu, di tepi Sungai berhampiran Pasar Minggu Kampung Bharu KL"?
"Coba kamu ingat-ingat kembali" katanya dengan ramah, membuat aku hilang rasa resah dan gugup sedari tadi.

"Oohh, ya, Aku ingat Pak Mat, waktu itu aku sakit dibagian perut, seperti ada bengkak, siang hari waktu cuaca panas, badanku sejuk, malam badanku berasa demam, hingga aku masuk Wad Hospital Besar KL, selama sembilan hari, lalu aku lari keluar wad, kerana berasa sudah agak sehat, hehehe,"
kataku mengingatkan kembali peristiwa itu,

"Iya, selepas 3 kali selama 3 hari saya urut, kamu sudah sehat, itu kamu hanya sembelit, cuma agak lama sudah dibiarkan dan terus kamu tak pernah jumpa saya lagi hingga saya berpindah ke kampung, kerana kawasan tapak rumah saya, mahu dijadikan jalan terowong laluan kereta LRT " kata Pak Mat mengingatkan kembali kenangan itu.

"Aku pindah berhampiran Pasar Datok Keramat, tinggal dengan kawan-kawan sewa rumah"
jawabku.

"Ada beberapa kali Aku cari Pak Mat kerana hendak berurut, sebab bagian perut bawah pusat ini selalu seperti turun dan kerap sembelit lagi mungkin, susah cari tukang urut yang power macam Pak Mat ni kat KL sekarang ?!" kataku seakan memuji beliau.

"Sudahlah, nanti bila kamu pulang, cari saja daun pegaga segar yang biasa dibuat ulam tu dan juga daun kucai, kamu kenalkan dua-dua daunan itu,?" kata beliau bertanya.

"Kenal Pak mat, Aku biasa juga makan ulam pegaga itu dan daun kucai untuk buat sambal"
kataku mengiyakan.

"Cara gunanya macam mana Pak Mat?" soalku tak sabar,

"Kira-kira segenggam pegaga segar, segenggam daun kucai. Di basuh dan di campurkan dengan satu cawan air, blender sajalah, kalau dulu-dulu Pak Mat tumbuk hingga halus dan tapis airnya, lalu minum. Minum airnya beberapa hari hingga hilang rasa sakit. Ini cara nak bersihkan usus kamu juga"

"Rasanya tak pahitkan Pak Mat?" soalku.

"Ahh, kamu ini, dulukan suka minum jamu serbuk siap bancuh, jamu lagi pahit. Ini daun ulam mana pahit?!" katanya menjelaskan.

"Lagipun, jikalau usus kotor boleh menyebabkan jadi sembelit, kerap rasa lapar kerana tidak seimbang keadaan usus, mudah masuk angin, keletihan dan sering sakit kepala. Hingga kadang kala boleh menyebabkan sakit perut". kata Pak mat menerangkan lebih jelas.

" Alhamdulillah, Terimakasih banyak Pak Mat dapat ilmu perobatan pula Aku malam ni, aku pulang dulu Pak Mat nanti Istriku terkejut pulak aku tak ada dikamar kerjaku" kataku, kerana takut terlambat pulang kerumah.


Setelah Aku sampai dirumah, sekitar pukul 4;00 lebih. Berarti masa perjalanan "raga sukma" ku kali ini ada sejam lebih. Kulihat Istri dan Anak-anakku masih tidur lagi..

Sebentar Aku berbaring sempat juga terlena, mungkin telah keletihan berlanglang buana dengan me-raga sukma begitu jauh, Aku terbangun saat Anakku membangunkanku, "Sahur Papa",

P/S; Resepi ini juga sesuai untuk menjaga kesihatan usus. Menurut kajian yang dilaporkan oleh para pakar penyakit 'Anti Cancer' di Barat, memang kandungan bahan pada 'daun pegaga' dan 'daun kucai' mengandungi sejenis bahan yang boleh mengelakkan terjadi cancer perut atau usus.[]
Author; Romy Mantovani
Kredit Ilustrasi Image; Doc,Romy Mantovani

No comments:

Post a Comment