Intimidasi Terselindung Terhadap Perniagaan Milik Bumiputera

Assalamu'alaikum semua. Saya pemilik Pasaraya SMA Groceries.

SMA bermaksud Sheik Dawood, Munirah dan Atif, Aishah dan Athirah (nama Anak-Anak kami). Perniagaan kami 100% milik Bumiputera. Saya buka perniagaan ini bersama Isteri sejak 4 tahun lepas. Dah melabur sebanyak RM 3 juta.

Masa buka perniagaan jualan Alhamdulillah. Sejak tahun Jun 2018 perniagaan merosot teruk. Terus terang Saya bagitau Pembekal 90% adalah bukan Muslim. Perniagaan kami mula hancur bila pembekal mula tunjuk belang. Harga barang dinaikkan. Tempoh kredit dipendekkan dan mula minta tunai untuk semua barang. Lima lot kedai kami 3 kepunyaan Cina.
.
Bulan Mac tahun 2019 Ini pemilik dua lot memaksa kami kosongkan lot serta merta. Walaupun sudah merayu langsung tidak diberi peluang. Bila pasaraya KSN di buka di Kota Damansara perniagaan kami merosot terus. Saya terpaksa jual aset seperti kereta dan barang kemas isteri untuk bertahan.
Padahal Pasaraya besar melakukan banyak penipuan dalam harga dan kualiti barang. Tetapi ramai pengguna tidak menyedari tertipu dengan penipuan ni. Kami ditindas oleh pembekal dan Tuan punya lot kedai.

   Read More
5 Tips Basic Pelaburan Saham Untuk Pemula
Ekspresikan Dirimu Dengan Jam Tangan Eksklusif
<img src="#TIPS & #BusinessOpportunities /#Business Notes.jpg" alt="Intimidasi Terselindung Terhadap Perniagaan Milik Bumiputera ">
WANG simpanan dan kenderaan telah kami jual untuk teruskan perniagaan. Tetapi pembekal memang tak nak bantu kami walaupun kami nak bayar tunai. INi angkara tuan kedai yang memang kami nak kosongkan kedai. Baru-baru ini kami terpaksa buat keputusan untuk tutup perniagaan di sebabkan jualan merosot teruk dan tak mampu nak tanggung kerugian. Sekarang hanya Allah s.w.t saja penyelamat kami.
Insya Allah kalau ada sokongan para pelanggan Muslim kami masih boleh bertahan lagi. Percayalah, bila kami buka perniagaan ni barulah kami tahu rupa dan perangai sebenar pembekal bukan muslim. Di dalam kalangan sesama bangsa mereka harga bukan main murah dan bagi tempoh kredit hingga 6 bulan.
Tapi bila hantar barang kepada syarikat Muslim macam-macam syarat diletakkan. Saya harap kempen #BMF- #BMPF di teruskan sampai bila-bila. Tolong dan sokonglah kedai Muslim. Selama 4 tahun kami berniaga dalam sektor peruncitan baru kami tahu rupa dan sikap sebenar pembekal non-Muslim. Kami tidak tahu sampai bila kami boleh bertahan. Tapi Saya merayu semua orang Islam terukan sokongan kepada kedai dan perniagaan orang kita. Percayalah mereka memang sudah tertekan dengan kempen ini.
#BMF SMA Groceries : Lokasi Seksyen 4 Kota Damansara Petaling Jaya Selangor, Malaysia.
________________
Via, Bantal Busuk/fb
Editor ; HSZ/FortunaNetworks.Com

Kredit Image www.pexels.com
Follow me at; 
       


No comments