#5 Tips Sederhana Yang Harus Dilalui Oleh Bisnis Car Wash Untuk Mencapai Sukses

<img src="Tips & Advice //#Bisnis Car Wash.jpg" alt="5 Tips Sederhana Yang Harus Dilalui oleh Bisnis Car Wash Untuk Mencapai Sukses ">

 FORTUNA LIFESTYLE | #5 Tips Sederhana Yang Harus Dilalui Oleh Bisnis Car Wash Untuk Mencapai Sukses 


Hey Dude, Sekitar akhir tahun 90an silam (setelah hampir tamatnya perkhidmatan Bas Mini Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia) Saya ada mengenal seorang pemandu bas awam yang route perjalanannya di sekitar luar-bandar di Negeri Selangor. Secara pribadi, 'abang driver' ini nampak 'cool' sikapnya, dari pada beberapa pemandu bas awam lain yang pernah Saya kenali sebelum ini.

Ketenangan penampilannya yang membuat Saya ingin mengenalinya adalah sikapnya cara bekerja yang tidak terlalu tergesa-gesa untuk mengejar trip-laluan untuk mengejar komisyen ramainya penumpang. Akhirnya, membuat Saya ingin tahu siapa sebenarnya abang driver yang baru Saya kenali ini.
"Setelah bertanya dengan jujur, akhirnya beliau buka rahasianya, Ternyata abang driver ini punya usaha sampingan yang diserahkan kepada orang lain untuk menjalankannya yaitu sebuah 'kedai bengkel motor' dan sebuah lagi perkhitmatan cuci kereta/mobil -"car wash".
Nah,tentang usaha/bisnis car wash ini Saya tertarik menyelidikinya dari beliau, sebab selama ini Saya perhatikan sangat kurang Orang-Orang Melayu yang mahu menceburi perniagaan 'carwash' ini.

Beliau buka usaha carwash ini di depan halaman rumahnya, yang kebiasaan bagi orang lain kawasan depan rumah tersebut hanya digunakan untuk parking kenderaan pribadi saja.

Namun '
abang driver' ini memanfaatkan halaman kosong depan rumahnya itu untuk buka usaha 'carwash' tersebut. Untuk kelancaran bisnis carwash tersebut dia, punya tiga orang pekerja tetap dan soal mengutip hasil hariannya dijaga oleh Istrinya sendiri.

Well, membuka perniagaan atau layanan pencucian kereta dan motor ini memang merupakan salah satu usaha yang punya prospek baik. Maklum, seiring meningkatnya daya beli masyarakat, volume kenderaanpun terus bertambah setiap tahunnya.

Ya, ditambah lagi banyak pemilik kereta/mobil-motor yang terkadang malas untuk mencuci kendaraannya sendiri. Alhasil, tempat pencucian mobil kian menjamur disana-sini.

   READ MORE
Apa yang Tidak Pernah Diceritakan Orang kepada Anda tentang Jam Tangan?

Untuk Anda yang Berminat Menceburi Usaha Prospek Bagus Ini, Sebaiknya Anda Perhatikan Beberapa Perkara berikut,

#1. Pemilihan Lokasi,

Pemilihan lokasi bagi bisnis apapun adalah yang utama diperhatikan. Apatah lagi bisnis carwash yang lokasinya semestinya dikawasan strategik dan terletak dilaluan ramai kenderaan.

“Posisi menentukan prestasi”. Agar bisnis berjalan mulus dan lancar pilihlah lokasi usaha yang strategik dan sering dilalui orang, seperti dekat dengan Pusat Pembelanjaan (Mall / Pasar), Bengkel, atau Pump Stesyen Minyak / Petrol. Dan selain itu pastikan lokasi yang Anda pilih punya kawasan cukup luas agar bisa digunakan sebagai tempat parking.

#2. Promosikan Usaha Anda,

Hal promosi juga tak kalah pentingnya bagi sesebuah perniagaan, kerana usaha ini perlu dikenali ramai orang. Promosikan usaha Anda di media sosial yang tidak perlu biaya apapun, hanya perlu buatlah flayer atau banner yang menarik di media sosial tersebut.

Dan jangan lupa upahlah anak-anak muda atau remaja untuk menyebarkan dari rumah ke rumah kertas brosur, flayer dan sebagainya. Dan juga pada hari Sholat Juma'at sebarkan dan letakkan di-Viper kenderaan dan pada bakul motor para pengunjung Masjid itu.


Coba juga lakukan seperti 'trik supermarket' yang selalu ada 'promosi discount' dan pemberian hadiah-hadiah. Bagi Anda pemula bisnis ini coba langkah mudah ini. iaitu dengan 'memberikan cucian free satu kali bagi pelanggan tetap yang telah mencuci kereta di tempat anda'.

#3. Ambil Pekerja yang Pandai dan Baik,

Memang untuk masa ini mahu cari staf-pekerja tempatan sangatlah susah dalam bidang bisnis ini. Kebanyakan pengusaha carwash mengambil pekerja Asing, kalau adapun rakyat tempatan yang mahu bekerja di bidang ini hanyalah bangsa India.

Tetapi, kalau Anda mahu berusaha sedikit Anda boleh rekrut / latih Anak-Anak Remaja-Dewasa daripada Etnik Orang Asli Semenanjung. Anda boleh cari di Daerah Gombak Batu 12.Gombak Negeri Selangor, di Negeri Pahang seperti di Cameron Highland. di Daerah Bahau Negeri Sembilan, Negeri Kelantan dan lainnya.

Prihal pekerja untuk bisnis carwash ini adalah resiko yang mesti dihadapi bagi perniagaan carwash,Tidak mengapa! Yang penting Anda didik dan ajar mereka cara kerja yang betul dan jangan lupa agar bersikap baik, sopan dan ramah kepada setiap pelanggan yang datang ke carwash Anda.

#4. Buka Usaha Sampingan,

Sudah tentu pelanggan Anda yang datang ke premis Anda, bukan selalunya bersendirian. mungkin membawa kawan-kawan, anak-anak dan istri dan lainnya.

Nah, apa salahnya di premis Anda disediakan sebuah warung kecil yang menjual minuman dan makanan-makan ringan atau juga makanan gorengan. Ditambah pula dengan menyediakan TV. surat-khabar, majalah. Dan ikut trend semasa coba sediakan wifi internet free bagi pengunjung premis carwash Anda.

Insya Allah mereka akan betah-sabar menunggu sementara kereta mereka dicuci. dan tidak bosan disamping itu Anda memperolehi side-income dari buka usaha sampingan ini.

#5. Accountability Kewangan,

Apa saja usaha bisnis yang Anda usahakan, persoalan kewangan adalah hal utama yang perlu perhatian lebih.

Lakukan pencatatan secara tersusun hasil kutipan usaha Anda baik secara harian, mingguan, bulanan dalam sebuah buku khusus. Dan berapa wang pengeluaran harian termasuk yang diguna-pakai oleh pekerja Anda baik untuk mereka ataupun untuk sesuatu yang penting berkaitan perniagaan Anda.

Buku catatan ini sangat penting, bukan semua pekerja akan jujur selamanya jika Anda memberi peluang kepada mereka berbuat curang misal penipuan uang keluar-masuk yang tidak betul.

Tetapi perkara ini jangan dijadikan fokus pemikiran sangat bagi Anda. Kerana jika Anda baik dan ikhlas atau lebih-kurang dengan pekerja, biasanya mereka tak sampai hati hendak menipu Anda.

Demikianlah tips sederhana untuk buka bisnis 'carwash'.
Semoga Bermanfaat,


Editor ; HSZ/FortunaNetworks.Com
Edited ;14 September 2019

No comments