FORTUNA LIFESTYLE.COM | Menurut satu kaji selidik dari syarikat telekomunikasi Telenor Group, Rakyat Malaysia amat mudah diperangkap sindiket penipuan. Hampir setiap hari, ada sahaja berita mengenai rakyat Malaysia ditipu hampir ratusan ribu Ringgit terpapar. Jadi, kami senaraikan antara sindiket penipuan yang kerap memerangkap rakyat Malaysia untuk memudahkan anda waspada tentang ciri-ciri sindiket tersebut dan modus operandi yang sering digunakan.
BACA JUGA AWAS,Sindiket Penipuan Pelaburan Penggandaan Wang, Modus Lama Yang Bijak Memerangkap Mangsa
Sindiket Pakej Pelancongan
Berhati-hati jika anda ditawarkan pakej 
pelancongan dengan harga yang terlampau murah, terutamanya melalui media
 sosial. Sindiket ini semakin kerap berlaku, dan taktik yang biasa 
digunakan ialah:
- Iklan melalui media sosial (Facebook, Instagram)
- Pakej yang disediakan ke lokasi pelancongan popular (i.e. Pulu Redang, Pulau Perhentian)
- Lebih murah dari harga pasaran iaitu RM 200 – RM 250 untuk pakej 3 malam.
- “Ejen” tiba-tiba tidak dapat dihubungi selepas pembayaran dilakukan.
BACA JUGA;
Kebelakangan ini, antara sindiket yang sering berlaku ialah sindiket penipuan pakej Umrah dan Haji.
Salah satu cara mudah untuk anda 
mengenalpasti sindiket penipuan adalah melalui harga yang ditawarkan. 
Untuk kes Umrah contohnya, harga pakej yang kurang dari RM 5000 
hendaklah diselidik dengan teliti terlebih dahulu. Ini kerana pakej 
Umrah biasanya akan meliputi 12 – 14 hari, dan tidak logik ejen boleh 
menjana keuntungan dengan pakej semurah itu. 
Bagi pakej menunaikan Haji 
pula, kami sarankan agar anda memohon melalui Tabung Haji untuk mengelak
 risiko ditipu.
Jika anda ingin mencari pakej pelancongan yang murah, anda boleh dapatkanya di ekspo pelancongan seperti MATTA Fair (telah
 dianjurkan pada 17-19 Mac di PWTC, KL). Agensi pelancongan yang membuat
 pameran disana telah melalui saringan oleh MATTA (Malaysian Association
 of Tour and Travel Agents), jadi anda tidak perlu risau tentang risiko 
ditipu.
Tip tambahan: Periksa melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk mengesahkan status ejen pelancongan. 
(Courtesy to resources)
(Kredit Image by GoogleImage)
Bagi pakej menunaikan Haji pula, kami sarankan agar anda memohon melalui Tabung Haji untuk mengelak risiko ditipu.
Jika anda ingin mencari pakej pelancongan yang murah, anda boleh dapatkanya di ekspo pelancongan seperti MATTA Fair (telah dianjurkan pada 17-19 Mac di PWTC, KL). Agensi pelancongan yang membuat pameran disana telah melalui saringan oleh MATTA (Malaysian Association of Tour and Travel Agents), jadi anda tidak perlu risau tentang risiko ditipu.
(Kredit Image by GoogleImage)

No comments:
Post a Comment