Imam al-Ghazzali “Ilmu Tanpa Amal Adalah Gila dan Amal Tanpa Ilmu Adalah Sombong”
Suatu ketika Ulama terkenal Mujtahid Islam,Imam al-Ghazzali melakukan perjalanan panjang. Dalam perjalanannya itu beliau membawa serta seluruh buku bacaannya. Konon di tengah jalan tiba-tiba datang segerombolan orang merampok seluruh bawaan al-Ghazzali, termasuk buku-bukunya. Padahal ia belum membaca seluruh isi buku itu. Yang telah beliau baca pun belum seluruhnya dihafal.
BACA JUGA 10 Tips Dan Pesanan Dalam Menghadapi Akan Kematian Yang Pasti Datang
Kejadian itu benar-benar telah menyadarkan al-Ghazzali, bahwa ilmu itu ada di dalam dada dan bukan dalam tulisan (al-‘ilm fi-s-sudur la fi-s-sutur). Sejak kejadian itu al-Ghazzali bertekad untuk selalu mengingat apa yang telah ia baca. Yang menarik tentu bukan peristiwa perampokannya, tapi kesimpulan al-Ghazzali tentang letak/tempat ilmu. Benarkah mengetahui dan pengetahuan itu ada di dalam dada? Apa bedanya ilmu dari ma’rifah.
Bicara ilmu adalah bicara objeknya (realiti atau wujud) dan luas objek ilmu adalah seluas realiti atau wujud. Maka dari itu realiti bagi Ghazzali dan juga para ulama adalah empiris dan non-empiris(empirical-yang berdasarkan atas pengalaman)
Realiti empiris pun dibagi sekurangnya menjadi tiga:
realiti individual, realiti pembicaraan, dan realiti fikiran.
Yang pertama adalah wujud yang riil dan empiris, Yang kedua adalah wujud dalam pembicaraan yang bersifat verbal dan indikatif,
dan yang ketiga adalah wujud dalam fikiran yang bersifat kognitif dan formal. Diatas dari segala realiti tersebut diatas adalah Realiti Mutlak atau Wujud Mutlak.
realiti individual, realiti pembicaraan, dan realiti fikiran.
Yang pertama adalah wujud yang riil dan empiris, Yang kedua adalah wujud dalam pembicaraan yang bersifat verbal dan indikatif,
dan yang ketiga adalah wujud dalam fikiran yang bersifat kognitif dan formal. Diatas dari segala realiti tersebut diatas adalah Realiti Mutlak atau Wujud Mutlak.
Lalu bagaimana proses mengetahuinya? Bagi al-Ghazzali untuk realiti empiris dimulai dari kajian terhadap hal-hal yang khusus yang dapat difahami dan dikomunikasikan dengan bahasa.
Ketika wujud individual difahami oleh akal kita, bentuk (surah) dari realiti individual tersebut tercetak dalam mata, lalu pada imaginasi kita dan kemudian menjadi wujud dalam fikiran kita.
Ketika bentuk realiti atau wujud individual itu hadir dalam fikiran, ia menjadi ilmu, sebab objek yang diketahui berhubungan dengan representasi dalam fikiran tersebut, persis seperti bayangan kita yang tercermin dalam kaca.
BACA JUGA Religion vs.Politics;Strategi Sekularisasi Tujuannya Memisahkan Agama dan Politik
Jadi proses mengetahui mengharuskan adanya tiga hal yaitu: objek ilmu pengetahuan, penerima dan proses kognisinya(cognition-peng-artian-pengetahuan) yang melibatkan penginderaan. Ketika realiti atau wujud empiris ada dalam fikiran ia tetap bernama realiti.
Demikian pula keimanan yang tidak empiris di dalam dada itu dapat disebut realiti juga. Jika realiti empiris – melalui proses – dapat tercermin dalam fikiran, maka RealitiMutlak atau Wujud Mutlak, yaitu Tuhan dapat pula tercermin dalam diri manusia.
Dengan jalan empiris saja manusia telah dapat mengetahui dirinya sendiri, alam semesta dan Tuhannya. Wujud Tuhan dapat diketahui secara induktif dari ciptaanNya. Ilmu-ilmu empiris itu tentang ciptaan Tuhan itu merupakan aspek-aspek yang saling berhubungan dan membentuk kesatuan.
Pada maqam yang tertinggi orang akan sampai pada pandangan bahwa realiti dan kebenaran itu hanya satu dan tidak plural. Artinya dalam akalnya hanya ada satu realiti atau wujud, yaitu Wujud Mutlak, Aktor (fa’il) dari segala wujud yang plural yang nisbi.
Jikapun tidak dengan jalan empiris Tuhan dapat diketahui dengan mata hati. Sebab dalam diri manusia telah terdapat naluri (fitrah) mengenal tuhan (ma’rifatullah). Naluri itu diciptakan oleh Tuhan sebelum manusia lahir melalui syahadah awal (mithaq).
Syahadah inilah bekal manusia memperoleh ma’rifah. Nietzsche menuduh fitrah ini hanya fikiran dan khayalan. Dan khayalan itu, menurutnya, harus dibunuh agar orang dapat berfikir saintifik. God is dead artinya fitrah itu telah mati. Memang pengetahuan tentang ini bagi al-Ghazzali tidak dimiliki orang awam, termasuk Nietzsche.
Pengetahuan tentang Tuhan dengan jalan non-empiris dicapai dengan mata hati yang penuh cinta. Dalam Ihya ia menyatakan: “…metode terbaik untuk memperoleh kebenaran dan sekaligus kecintaan pada Allah adalah dengan metode deduktif dari ma’rifah tentang Allah SWT kepada pengetahuan tentang realiti. Tapi ini adalah metode yang rumit dan tidak difahami orang awam” (Ihya’, hal. 2619, vol. IV).
BACA JUGA Misteri Kisah Arjuna dalam Kitab Mahabharata, Pernah datang ke Nusantara
Jadi ternyata tempat ‘ilm dan ma’rifah adalah sama, yaitu di dalam hati (qalb), di dada. Berarti tempat aktifiti zikir, fikir, ‘ilm, iman, amal, cinta dan akhlaq adalah sama yaitu qalb.
Jika semua aktiviti itu seimbang maka sampailah seseorang itu pada derajat Yaqin. Bangunan trilogi iman, ilmu, amal adalah paradigma keilmuan Islam yang kuat. Kerana itu ilmu dalam Islam berdimensi Amal dan Amal berdimensi Ilmu, keduanya bersumber pada Iman.
Maka al-Ghazzali tegas “Ilmu tanpa amal adalah gila dan amal tanpa ilmu adalah sombong”. Jadi, Muslim yang mengatakan “Hatinya di Makkah otaknya di Jerman atau di New York”, berarti imannya tanpa ilmu, ilmunya tanpa iman. Hatinya berzikir tapi fikirannya (boleh jadi) sekuler-liberal.Wallahu'alam bisshawab.
(Courtesy to Hamid Fahmy Zarkasyi |inpasonline.com)
(Courtesy to Hamid Fahmy Zarkasyi |inpasonline.com)
No comments
Post a Comment