8 Faktor Banks Reject Housing Loan Application Anda

<img src="Housing Loan Application .jpg" alt="  8 Faktor Banks Reject Housing Loan Application Anda">
FORTUNA LIFESTYLE.COM | Hey Dude, Setiap individu sudah pasti punya hasrat masing-masing selain harus mempunyai pekerjaan tetap selepas graduate,berkeluarga untuk membina istana bahagia,selanjutnya impian memiliki rumah sendiri adalah keperluan yang paling diutamakan.

Apalagi hidup di bandar besar ataupun kecil saat ini di negara kita sudah merupakan cabaran yang tidak bisa diambil mudah.Kos kehidupan di bandar dan dikampung sudah tidak nampak perbedaan nilai kosnya,sudah sama saja begitulah kita hidup di negara maju dan sentiasa membangun.



Baca
;Cara Menggunakan "Trust Deed" Atau Surat Ikatan Pemegang Amanah Kepada Ahli Waris[1].

Kembali kepada perkara untuk memiliki rumah sendiri,sebab sudah tak tahan dengan bayaran perbulan yang semakin membebankan.Tinggal menyewa bertahun-tahun bukan jadi milik kita akhirnya.

Alangkah baiknya rumah yang Anda duduki ini,adalah rumah sendiri.Tetapi bagaimana caranya untuk mendapatkannya? Kita bukan punya wang simpanan berjuta untuk membeli cash sebuah rumah.Sudah tentu dengan cara membuat pinjaman perumahan daripada pihak bank.

Nah,membuat pinjaman perumahan daripada pihak bank bukanlah semudah "membalik telapak tangan Anda".Banyak perkara yang harus ditempuh ada permohonan pinjaman
yang mudah lulus, ada yang sukar lulus. Tak hairan ada juga kes yang tak pernah-pernah lulus.

Jadi kenapakah perkara ni berlaku? Semakin tahun, bank mengenakan pelbagai syarat lebih ketat. Untuk itu mari kita simak apakah diantara sebabnya pihak bank tolak pemohonan Anda ;

1.Kekuatan Financial/Kewangan

Pihak Bank yang akan memberi pinjaman perumahan pada mereka yang mampu dari segi kewangan,ini sudah jadi aturan mainnya
Anda perlu mempunyai baki simpanan di buku akaun Bank tiap bulan yang agak kukuh bukan sekadar simpanan recehan saja yang tinggal.

Seperti Anda ketahui juga bagi
graduate yang telah bekerja jangan lupa atau tidak ambil berat tentang bayaran bulanan Ansuran PTPTN seperti dalam agrement yang Anda tandatangani dahulu.Kerana ansuran PTPTN yang tertunggak lama dan banyak akan mempengaruhi urusan Bank pinjaman perumahan Anda.



<img src="Housing Loan Application .jpg" alt="  8 Faktor Banks Reject Housing Loan Application Anda">

2. Rekod CCRIS

Mempunyai rekod pembayaran balik pinjaman Bank tak begitu bagus.Tak berdisiplin untuk membayar balik pinjaman yang telah dibuat. Rekod ini boleh disemak di Bank Negara Malaysia ataupun secara atas talian di www.creditbureau.com.my.



3. CTOS
Apakah itu CTOS?

CTOS adalah sistem maklumat utama yang digunakan secara meluas oleh majoriti sistem kewangan negara, syarikat perdagangan dan perniagaan, firma undang-undang dan institusi lain. Tidak seperti CCRIS yang berada di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), CTOS dimiliki dan diuruskan oleh syarikat Malaysia, telah berada dalam perniagaan selama 20 tahun, mengumpul maklumat mengenai individu dan syarikat-syarikat daripada pelbagai sumber yang terdapat dalam domain awam.


Maklumat ini diformatkan ke dalam pangkalan data elektronik yang menyediakan proses untuk memeriksa dengan mudah, cepat dan berkesan untuk permohonan pinjaman, kredit perdagangan dan perniagaan dan untuk membuat keputusan oleh pemberi kredit dan pemberi pinjaman. So, apa kaitannya CTOS dengan syarat kelulusan pinjaman?

Dalam satu-satu proses meluluskan pinjaman, pihak bank atau syarikat pinjaman berlesen biasanya akan melihat beberapa sistem untuk menilai kedudukan kewangan pemohon selain untuk mengetahui jumlah komitmen/pinjaman kewangan yang ditanggung oleh pemohon. Antaranya adalah CTOS.

 Cuba semak rekod CTOS. Biasanya mereka tak sedar mereka kena CTOS disebabkan jadi penjamin. Ada juga yang menjual kereta pada kawan, dan suruh kawan sambung bayar. Kawan tu tak bayar. Nama dia kena disenarai hitam.

4. Profil Kewangan.

Senaraikan dengan lengkap: Pendapatan (gaji, elaun, pendapatan sampingan) Komitmen/hutang (pembiayaan peribadi/kereta/kad kredit/ koperasi/dan lain-lain) Pelaburan (ASB/emas/perak/ unit amanah/saham dan lain-lain)
Simpanan (bank/tabung/tabung haji/KWSP/dan lain-lain)
Cukai/zakat
.
Sedia bukti dokumentasi pendapatan/pelaburan/simpanan Jika perkara ni kita buat sambil lewa sahaja, kemungkinan permohonan kita ditolak.
Baca juga; Cara Menggunakan "Trust Deed" Atau Surat Ikatan Pemegang Amanah Kepada Ahli Waris[2-Akhir]

5.Profil Individu

Tidak mempunyai dokumentasi yang lengkap. Pegawai bank menguruskan pinjaman perumahan mungkin ada 40-50 permohonan perlu disemak. Jadi kalau dokumen tak lengkap, amat menyusahkan pegawai itu. Senaraikan maklumat peribadi, pendidikan, tempat kerja, pengalaman kerja, nombor telefon pejabat, surat pengesahan kerja dan sebagainya dengan lengkap.

6. Pekerjaan

Dengan ekonomi tidak menentu, amat penting bank menyemak di manakah kita bekerja. Pengalaman kerja dan tempoh bekerja. Jika bekerja di sektor kerajaan atau syarikat besar mungkin tidak ada masalah. Kestabilan tempat kerja kita juga diutamakan.

7.Lokasi

Kebanyakan pinjaman perumahan ditolak kerana rumah tersebut berada di pedalaman atau tempat terpencil. Kurang mendapat permintaan. Bank juga akan menolak pinjaman perumahan daripada pemaju disenarai hitam oleh kementerian dan agensi berkaitan.

8.Skor Kredit

Skor kredit berdasarkan analisis/tahap pembayaran balik kita berdasarkan rekod CCRIS. Ia menunjukkan kita bijak menguruskan wang. Antara dinilai, rekod CCRIS, kad kredit lebih had penggunaan, corak pembayaran balik, bilangan kad kredit dan sebagainya.

Anda perlu tahu serba-sedikit tentang prosedur bank, ataupun sering bertanya pada kenalan yang kerja di institusi kewangan dan membaca pengalaman orang supaya menjadi pengajaran pada Anda di masa hadapan.

Jika Anda gagal mendapatkan pinjaman perumahan di bank, cuba lagi bank lain. Banyak lagi bank. Tiap bank punyai SOP mereka tersendiri.Sekian saja dahulu untuk thread ini,semoga bermanfaat InsyaAllah boleh dijadikan panduan untuk Anda di masa akan datang.Terima kasih.

Nota Editor :

Artikel ini pada asalnya ditulis oleh bro Amir Syahir yang telah dirilis di beberapa media diantaranya majalahniaga.com Dan saya share dan adaptasi untuk blog ini.Beliau banyak menulis dan berkongsi tentang Ilmu Hartanah, Pengurusan Kewangan,Tips ASBF di media sosial. Seorang anak muda yang berjiwa besar, boleh diangkat sebagai individu contoh kepada orang muda yang bijak mengurus kewangan.  
(Courtesy majalahniaga.com)

No comments