Mecca Fund Global Rebranding to Mecca Islamic Hotel



<img src="Mecca Islamic Hotel.jpg" alt="Mecca Fund Global Rebranding to Mecca Islamic Hotel ">

Mecca Fund Global Rebranding to Mecca Islamic Hotel

 Hey Dude, Pada artikel sebelum ini saya telah menulis tentang sebuah syarikat bernama Mecca Fund Global.Sebuah syarikat skim pelaburan yang beroperasi di internet.Dikesan mula beroperasi pada Julai 2013 dan mendakwa membuat pelaburan di dalam bidang perhotelan di Mekah.Arab Saudi.

Anda baca disini;
Dan sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan [klik baca disini] telah mengeluarkan fatwa bahawa skim pelaburan yang dijalankan Mecca Fund Global adalah HARAM hukumnya.

Dalam ketetapan fatwa tersebut dinyatakan bahwa
Mecca Fund Global,menawarkan skim pelaburan dengan pulangan tetap yang sangat mencurigakan.Dimana setiap peserta/pelabur ditawarkan untuk membeli lot-lot pelaburan.Setiap lot bernilai antara USD1,000 hingga USD50,000.Selepas membeli lot tersebut, para pelabur akan diberikan pulangan keuntungan tetap sebanyak 10%-30% setiap bulan selama 2 tahun.


Jika dilihat dari modus operandi dan faedah-faedah yang diberikan oleh skim pelaburan Mecca Fund ini,bentuknya tidak jauh berbeda dengan skim-skim pelaburan penipuan di internet seperti SwissCash, AB-Fund dan program-program HYIP(High Yield Investment Program) dan yang sejenisnya di internet.

Setelah keluar fatwa dari
Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut,syarikat Mecca Fund Global dinyatakan telah ditutup.Namun muncul selepas itu sebuah syarikat pelaburan baru yang dinamakan Mecca Islamic Hotel yang sangat mirip skim pelaburannya dengan Mecca Fund Global yang juga menawarkan skim pulangan yang sama untuk pelabur baru.

Ternyata Mecca Islamic Hotel adalah re-branding dari Mecca Fund Global yang telah menutup laman web lamanya "meccafund.com" dan telah menukar nama baru iaitu Mecca Islamic Hotel – meccaislamichotel.com. Justru sebenarnya mereka adalah entiti yang sama.!



Mecca Islamic Hotel Terbukti adalah Pelaburan Haram!

Jika Mecca Fund adalah Haram. Justru Mecca Islamic Hotel ini juga adalah haram.Untuk menarik peserta / pelabur baru.kononnya dalam syarikat ini ada peserta/pelabur yang bertaraf ustaz.Sama ada benar atau tidak.Mungkin ini hanya sebagai taktik untuk memanipulasi kempen penipuan mereka saja.

So,skim ini bukan dimiliki Pak Arab seperti yang mereka promosikan.Dan dalam data
 Whois,ada kemungkinan mirip skim taktik penipuan oleh; Prince Nigerian Scammer.

Maklumat
Skim ini menawarkan pulangan sehingga 30% sebulan. Ia sangat tidak logik untuk menawarkan keuntungan walaupun secara umum memang ramai orang ke Mekah setiap masa. Ia masih tidak logik. Kalau setahun, itu logik kerana ada unit trust menawarkan dividen setinggi itu setahun.

Hasil semakan WHOIS.

Sebuah website www.shamsuriyadi.com di Malaysia telah membuat semakan di WHOIS.untuk membuktikan kesahihan maklumat re-branding Mecca Fund Global menjadi Mecca Islamic Hotel,dan pemilik websitenya adalah web MeccaIslamicHotel.com dan mendapati ia adalah benar.

Anda boleh semak data WHOIS tersebut dibawah ini,

Dan berikut adalah data pemilikan domain bagi Mecca Fund;

 Data Pemilikan Mecca Islamic Hotel;
Sekian,Semoga Bermanfaat.Berwaspada Selalu Dan Jauhkan Diri dan Keluarga Anda dari Perangkap Skim Pelaburan Cepat Kaya.!
(Courtesy to Sources)

No comments