Pesona Aura Mistik Lagenda Dari Pulau Langkawi Malaysia

Hari ini,sumpahan tujuh keturunan-generasi tersebut telah tamat,namun majoriti penduduk di sini percaya bahawa kemakmuran dan berkah yang dinikmati hari ini dan pemergian sumpahan dahulu kala itu adalah takdir dari Allah SWT,bukan kebetulan semata-mata.

<img src="Pulau Langkawi.jpg" alt="Pesona Aura Mistik Lagenda Pulau Lagenda Langkawi Malaysia">
(Langkawi Sky Bridge Malaysia/Wallpaperup.com)


FORTUNA LIFESTYLE.COM -- Pesona Aura Mistik Lagenda Dari Pulau Langkawi Malaysia.

Berkunjung ke Malaysia tidak lengkap jika Anda tidak melawat Pulau Legenda Langkawi yang terletak di luar pantai Kedah,negeri di utara Malaysia.yang merupakan satu kelompok 99 buah pulau yang menawarkan tema wisata terbaik daripada banyak dunia wisata: seperti pantai yang indah,dengan infrastruktur bertaraf dunia, tanaman paya bakau yang kaya dengan flora dan fauna, duty-free shopping murah- dan wisata lagenda yang menarik.

Pulau Langkawi mempunyai kisah lagenda yang tersurat ke dalam sejarahnya.Di pulau ini terpahat satu lagenda mengenai kisah tragis seorang wanita muda yang cantik bernama Mahsuri, dan anda akan mendengar kisah cinta, cemburu dan satu sumpahan yang telah dikenakan ke atas pulau itu oleh Mahsuri selama tujuh keturunan.

<img src="Pulau Langkawi.jpg" alt="Pesona Aura Mistik Lagenda Pulau Lagenda Langkawi Malaysia">
                                                      Lukisan Potret Mahsuri /source

Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) di Kedah, yang mana pada waktu itu, ibu bapa Mahsuri yang bernama Pandak Mayah dan Endak Alang baru saja berhijrah ke Langkawi dari Selatan Thailand, demi mencari masa depan yang lebih baik.

Kelahiran Mahsuri itu sendiri disulami dengan keajaiban apabila dikatakan sebenarnya Pandak Mayah dan Endak Alang tidak mempunyai anak walaupun telah lama berkahwin.

Namun pada suatu hari, Pandak Mayah menemui kerak nasi yang mengeluarkan bunyi seakan bayi menangis sewaktu sedang berehat setelah mengerjakan sawah. Kerak nasi tersebut dicampur sedikit dengan nasi yang ditanak, dan untuk berberapa lama, akhirnya Endak Alang hamil. Dan sewaktu Mahsuri dilahirkan dikatakan padi menguning seakan emas yang berkilauan.

Kehadiran Mahsuri dalam kehidupan pasangan miskin itu membuka pintu rezeki yang luas apabila Pandak Mayah menemui lubuk kemenyan dan juga sarang burung layang-layang, yang kemudiannya menjualnya kepada pedagang-pedagang Cina dari negeri Pulau Pinang. Sejak dari itu kehidupan tiga beranak itu berubah dan Pandak Mayah mula digelar Orang Kaya Pandak Mayah.(source)

Hari ini,sumpahan tujuh keturunan-generasi tersebut telah tamat,namun majoriti penduduk di sini percaya bahawa kemakmuran dan berkah yang dinikmati hari ini dan pemergian sumpahan dahulu kala itu adalah takdir dari Allah SWT bukan kebetulan semata-mata.

'Aura Mistik Lagenda' Langkawi

Jika berkunjung ke Pulau Langkawi ini,anda akan dapat merasakan 'aura mistik' lagenda di banyak tempat di pulau ini, terutama di Makam Mahsuri, di mana tempat Mahsuri dikatakan dikebumikan.

Dan semua  'aura mistik' legenda tersebut adalah lebih nyata kepada tema wisata .Kita dapati ramai penduduk pulau ini terdiri dari petani,nelayan dan usahawan. Nikmati panorama desa yang indah dan landskap indah sawah padi dengan menyewa kereta dan sambil memandu santai di sekitar pulau.

Antara pemandangan yang paling indah tentang perkampungan-desa yang tidak dapat dilupakan,di sepanjang jalan yang mengelilingi pulau itu.Anda akan dapat melihat kampung-kampung kecil dengan rumah-rumah kayu dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa sawit, dan anak-anak mengayuh basikal lama mereka menjalani kehidupan hariannya.

Selain daripada mengalami dan menikmati gaya hidup tempatan, banyak tema wisata yang perlu dilakukan di Langkawi. Seperti menaiki  kereta kabel baru yang mendebarkan ke puncak Gunung Mat Cincang - gunung kedua tertinggi di Langkawi - Anda akan dapat menikmati panorama indah  yang tiada tandingan tentang kumpulan keseluruhan pulau-pulau disekitar pulau Langkawi.

Selepas melawat Pulau Langkawi,sempatkan juga berkunjung kesini;

<img src="Pulau Langkawi.jpg" alt="Pesona Aura Mistik Lagenda Pulau Lagenda Langkawi Malaysia">

Air TerjunTelaga Tujuh (Seven Wells Waterfall)


Destinasi popular yang lain adalah Padang Beras Terbakar, Mata Air Panas, Air TerjunTelaga Tujuh (
Seven Wells Waterfall) Air terjun ini adalah air terjun yang paling indah di Langkawi,juga mempunyai 'aura mistik' salah satu lagenda Langkawi yang berkaitan dengannya. Dikatakan bahawa telaga, atau kolam renang di bahagian paling atas air terjun tersebut adalah di mana tempat para bidadari-putri bunian datang untuk mandi-mandi.

Dan tempat wisata yang juga perlu anda kunjungi adalah Pantai Pasir Hitam. Lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting (Lake of Pregnant Maiden), Gua Cerita dan Gua Langsir (Curtain Cave).

Tidak lengkap rasanya jika anda tidak menikmati keindahan alam sekeliling, pergi tracking melalui hutan hujan yang bersih yang meliputi sebahagian besar pulau Langkawi, atau mengikuti lawatan bot untuk melihat hutan kayu bakau.


Terdapat juga peluang untuk pergi  menyelam, atau bermain golf di beberapa pusat peranginan bertaraf 5 bintang.
Langkawi juga mempunyai dunia bawah air, dengan terowong bawah tanah,dimana pengunjung berjalan melalui sebuah akuarium gergasi, yang telah mendapat kunjungan ramai dari pelancong berbagai negara.

Anda baca artikel tentang
akuarium gergasi tersebut disini;

No comments