Hentikan Membuat Fitnah Terhadap Individu Tertentu-Presiden Diaspora Indonesia di Malaysia.

"Saya dan Datuk Seri Zahid sebagai sahabat dan kami sering saling mengunjungi antara keluarga,baik di Jakarta mahupun di Kuala Lumpur."


                                FOTO:Haji Chairul Anhar







FORTUNA BUANA.COM.-
'Hentikan Membuat Fitnah Terhadap Individu Tertentu'-Presiden Diaspora Indonesia di Malaysia.


Haji Chairul Anhar,besan kepada
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,berharap agar tiada lagi pihak yang menjadikan mana-mana majlis perkahwinan sebagai bahan propaganda politik.


Haji Chairul Anhar
yang juga merupakan Presiden Diaspora Indonesia di Malaysia berkata, beliau juga berharap tiada pihak menyalahgunakan kebebasan media untuk membuat fitnah terhadap individu tertentu.

  • "Sebagai seorang yang beriman dan menganut adat-adat ketimuran, saya berharap kepada semua pihak janganlah acara yang baik seperti pernikahan ini dijadikan bahan propaganda politik kerana perbuatan jahat tersebut sangat bertentangan dengan moral dan mana-mana norma agama pun.
  • "Pada pandangan saya,apa yang terjadi di media atas talian bukan isu politik tetapi ada sekelompok orang yang cuba menyebar fitnah kepada besan saya dengan memanfaatkan kebebasan media.
  • "Dan seandainya saya tidak membantah isu tersebut,akan semakin banyak orang yang tidak berdosa menjadi korban(fitnah)," katanya kepada Malaysiakini.

Resepsi bagi pihak anak,Malah,Chairil yang telah mengenali Zahid lebih 20 tahun itu sekali lagi menegaskan bahawa majlis meraikan pernikahan anak perempuannya di hotel Ritz Carlton,Jakarta 19 September lalu dibiayainya 100 peratus.


Chairil juga menganggap dakwaan yang mengatakan ada pihak lain membiaya majlis tersebut sebagai satu penghinaan yang "kejam" terhadap keluarganya.

"Resepsi di Ritz Carlton Jakarta pada 19 September adalah bagi pihak anak perempuan saya.Sudah pasti 100 peratus biayanya daripada saya.

Kalau ada yang mengatakan biaya resepsi saya dibantu oleh pihak lain, maka kenyataan tersebut adalah suatu fitnah dan penghinaan yang paling kejam untuk keluarga besar saya," kata Chairil yang berasal dari Bukittinggi, Sumatera Barat.


Selain itu, ketika diminta untuk menceritakan bagaimana perkenalan antara anaknya dan anak lelaki ahli parlimen Bagan Datoh itu, Chairil memberitahu keluarga masing-massing saling mengunjungi antara satu sama lain.
"Saya dan Datuk Seri Zahid sebagai sahabat dan kami sering saling mengunjungi antara keluarga,baik di Jakarta mahupun di Kuala Lumpur."
Daripada acara keluarga tersebut tentu terjadi perkenalan antara anak dengan anak yang Alhamdulillah atas izin Allah ternyata mereka berjodoh," katanya yang mempunyai 10 orang anak, termasuk dua lelaki.
_______________
Sumber

No comments