Welcome to Bikeability-'Kemahiran Berbasikal' untuk abad ke-21!
Fazryan87.blogspot.com --- Welcome to Bikeability-'Kemahiran Berbasikal' untuk abad ke-21!
Selamat datang ke Bikeability - 'Kemahiran Berbasikal' untuk abad ke-21! Jika anda berfikir tentang cara menunggang basikal anda, mengapa tidak melengkapkan Bikeability anda? Ia menyenangkan dan memberikan keterampilan dan kepercayaan diri untuk kitaran dalam kondisi jalan raya yang moden.
Hey Dude,! Pernahkah anda menunggang basikal atau sepeda kata orang Indonesia, baik semasa kanak-kanak atau remaja.Sudah pasti anda pernah melalui dan melakukannya bukan?
Tetapi coba anda ingat dan imbas kembali zaman kanak-kanak itu.Kita belajar berbasikal dengan bapa atau datok kita beliau hanya mengajar kita cara memandu basikal.Mungkin dijalanan berdekatan rumah jika anda tinggal dikampung.Dan sudah tentu banyak kawasan lapang yang selamat untuk belajar berbasikal.
Namun jika dibandar-bandar kecil dan besar kerana semua kawasan sudah dibangunkan untuk segala pembangunan-perumahan,kilang dan sebagainya.Sudah tentu sangat kurang untuk anak-anak kita tempat belajar dan mengajar anak-anak kita berbasikal.Justru terpaksa mencari kawasan taman permainan atau dimana saja yang selamat untuk belajar berbasikal.
Tapi ingatkah anda!Selama ini kita hanya diajar dan juga kita kini sebagai ibubapa hanya sekadar mengajar anak-anak,cucu kita cara mengenderai basikal.Dan tidak pernah lagi kita diajar dan mengajar tentang bagaimana undang-undang keselamatan jalan raya untuk anak-anak dan cucu kita berbasikal..Betul tak!
Walaupun ada pihak PBT dan Majlis Bandaran seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengadakan projek kempen berbasikal yang diadakan setiap hujung minggu-dengan perasmian oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Tetapi itu layaknya seperti kempen-kempen program lain yang diadakan pihak berkuasa-sekadar acara lifestyle yang diadakan dengan acara hiburan sampingan seperti acara pertandingan menyanyi dan sebagainya.Namun apabila tidak ada acara demikian,masyarakat kita tak muncul dijalanan untuk berbasikal.
Mengapa kita tidak pernah mengadakan pendidikan berbasikal secara disiplin undang-undang keselamatan dari kanak-kanak hingga remaja. Bukan saja diajar cara pemanduan selamat,juga perlu diajar berkaitan undang-undang jalan raya seperti undang-undang memandu kenderaan lain.
Mungkin masyarakat kita menganggap berbasikal adalah adalah perkara mudah.Tidak perlu ada disiplin ilmu yang perlu dipelajari.Maka sebab demikian pada zaman kini kita melihat anak-anak yang masih belajar disekolah rendah sudah pandai memandu motosikal dan mereka telah memandunya dijalan-jalan raya, yang belum sewajarnya seumur mereka dibiarkan memandu motorsikal di jalanraya.
Maka dengan tulisan yang sederhana ini saya menyeru dan menghimbau pihak berkuasa atau mungkin juga pihak swasta untuk memulakan latihan pembelajaran pemanduan berhemah. Dan mengajar anak-anak kita dahulu tentang berbasikal dengan cara pemanduan yang betul dilengkapi dengan pengajaran undang-undang,untuk langkah-langkah keselamatan.Setelah llulus kursus diberikan sijil dan lencana.
Ujian Kemahiran Berbasikal di England.
Apa yang saya maksudkan diatas,sesungguhnya sudah dilaksanakan di United Kingdom dengan kerjasama kerajaan:Department for Transport/Department for Education dan pihak swasta:British Cycling.uk,dan dukungan berbagai pihak lainnya. Bahwa kanak-kanak di UK sejak dari sekolah rendah dilatih dan diwajibkan belajar pelajaran peraturan jalan raya di sekolah. Taman permainan berdekatan sekolah dan perumahan dijadikan tempat latihan berbasikal dengan cara sistematik- latihan pelajaran berbasikal ini dipanggil Bikeability.
Apakah yang dimaksudkan Bikeability?
Bikeability adalah 'kemahiran berbasikal' abad ke-21, yang direka untuk memberi generasi akan datang kemahiran dan keyakinan untuk menunggang basikal mereka di jalan raya hari ini.
Terdapat tiga peringkat Bikeability, dengan setiap tahap yang direka untuk membantu meningkatkan kemahiran berbasikal mereka, tidak kira apa yang mereka sudah tahu tentang berbasikal.
Pada tahap kursus Level-1, 2 dan 3 mengajar pelatih tentang cara asas mengenderai basikal serta asas keseimbangan dan kawalan,semua jalan melalui perancangan dan membuat perjalanan sendiri di jalan-jalan sibuk.
Kanak-kanak biasanya akan memulakan pelajaran Bikeability apabila mereka telah belajar untuk menunggang basikal. Level-1 akan membantu penunggang baru untuk mengawal basikal mereka sebelum mereka beralih untuk membangunkan kemahiran-jalan.
Dan pada Level- 2. biasanya disertai oleh kanak-kanak di Tahun 5 atau 6, sebelum mereka meninggalkan sekolah rendah. Pada Level-3 peserta program diajar bagaimana untuk menunggang dalam keadaan lalu lintas yang berlainan dan lebih mencabar.
Beratus-ratus ribu penunggang basikal muda telah menerima latihan Bikeability dan telah dianugerahkan lencana Bikeability didambakan dan sijil. Kami mahu ramai kanak-kanak yang mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam latihan Bikeability, dan ia dianggarkan lebih daripada 1.5 juta akan dilatih menjelang Mac 2015.
Semoga program demikian dapat juga diwujudkan di Malaysia,demi sama-sama untuk saling memahami dan saling menjaga keselamatan para penunggang basikal dijalanraya.
Terimakasih.
_______________
Courtesy to bikeability.org.uk/
Kredit foto;https://bikeability.org.uk/
No comments
Post a Comment