20150610

Umat Islam Diingatkan Waspada Dengan Beredarnya ‘Telekung Motif Salib’

“Janganlah kita ghairah membeli kerana tertarik dengan warna dan gaya yang cantik tanpa menyedari corak pada telekung itu tidak mengikut syariah,”


 <img src="Telekung Salib.jpg" alt="Umat Islam Diingatkan Waspada Dengan Beredarnya ‘Telekung Motif Salib’">



TAWAU SABAH– Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan “telekung yang mempunyai corak berbentuk salib”.


Baca juga; Hijabster Felixia Yeap:Selamat Pengantin Baru!


Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam perkara ini demi menjaga kesucian agama Islam.

Sambil menyatakan rasa kecewa kerana telekung itu mula dipasarkan di negara ini ketika umat Islam bakal mengerjakan ibadah puasa tidak lama lagi,beliau berkata,sejak kebelakangan ini pelbagai taktik digunakan oleh pihak tertentu untuk memesongkan akidah umat Islam.

“Janganlah kita ghairah membeli kerana tertarik dengan warna dan gaya yang cantik tanpa menyedari corak pada telekung itu tidak mengikut syariah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini ketika diminta mengulas isu itu.

Beliau juga menasihati peniaga supaya meneliti rekaan telekung yang dijual supaya tidak mengundang kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Telekung itu mempunyai corak sulaman berbentuk salib di bahagian depan dari paras dagu hingga bagian kelim bawah telekung yang dipercayai dihasilkan di negara jiran kini menjadi viral di laman media sosial. – BERNAMA


Baca juga;#Nothing To Hide:Ninih,Sosok Wanita Penjaja Kue Berparas Cantik Viral Diburu Media.

No comments:

Post a Comment