20150627

Tips Ramadhan 100+;Tempoh Puasa Ramadhan di Berbagai Negara Dunia

Umat Islam negara ini menjalani puasa paling panjang di antara belahan negara manapun. Mereka berpuasa selama 22 jam dalam satu harinya.Hal ini disebabkan Ramadhan tahun ini bertepatan dengan musim panas

                               Ilustrasi; 'Sungguh cantik amoy2 ni berbaju kurung'



Salam Ramadhan
,
.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dilimpahi berkah.Kedatangannya sangat dinanti-nantikan oleh oleh semua umat Muslim yang ada di seluruh dunia.Kaum Muslimin yang ingin beribadat dengan ikhlas kerana Allah SWT akan mendapat pahala yang berlipat ganda atas segala ibadat yang dilakukannya pada bulan Ramadhan.

Dan para peniaga pula yang berniaga pada bulan Ramdhan akan mendapat rezeki yang berganda dibandingkan daripada bulan-bulan selain Ramadhan.

Bermula waktu berpuasa ditandai dengan mulai terbit matahari sampai terbenam matahari.

Jika di Malaysia, waktu imsak dan berbuka puasa di setiap negeri juga berbeda. Di Sabah misalnya, waktu Maghrib jatuh lebih awal daripada negeri-negeri di Semenanjung.

Di Malaysia tempoh umat Islam berpuasa secara purata, adalah lebih kurang 13 jam. Sementara itu di Indonesia sendiri waktu puasa sekitar 13 jam sampai 13 jam 30 menit setiap harinya.

Namun, tahukah Anda ada beberapa negara dunia yang memiliki tempoh puasa lebih lama dari waktu tersebut? Perbedaan tempoh masa puasa tersebut disebabkan oleh perputaran bumi dalam mengelilingi matahari tidaklah berjalan lurus,melainkan miring.

Misalnya kaum muslimin di Iceland,negara yang terletak di titik paling utara Eropah, berdekatan dengan kutub utara, mengalami puasa paling lama di antara penduduk muslim dunia di negara lain.

Umat Islam negara ini menjalani puasa paling panjang di antara belahan negara manapun. Mereka berpuasa selama 22 jam dalam satu harinya. Hal ini disebabkan Ramadhan tahun ini bertepatan dengan musim panas.

Setiap tahunnya, musim panas terjadi dari akhir May hingga akhir July. Matahari terbit pukul 02.30 dan baru terbenam pada 00.00 tengah malam. Inilah yang menyebabkan muslim di Iceland(Islandia) memiliki waktu puasa paling panjang.

Untuk tempoh masa puasa yang paling sedikit terletak di Chili. Negara yang ibukotanya Santiago ini adalah salah satu negara yang letaknya paling selatan di Bumi. Penduduk muslim di negara ini menjalani ibadah puasanya sejak pukul 05.31 hingga 15.00 atau hanya sekitar 9 jam 12 minit.

Berikut senarai negara-negara dengan tempoh waktu berpuasa di seluruh dunia yang dilansir website Huffingtonpost :

___________________
Courtesy to Source

No comments:

Post a Comment