20150627

Tips Ramadhan 100+;Cara Kaedah Berhenti Merokok oleh Ustaz Salahuddin Mohd Nasir


Dan pada bulan puasa Ramadhan ini adalah waktu medan latihan yang terbaik untuk berhenti merokok.Dan beliau memberi tips berhenti merokok dengan melakukan doa khusus setiap selepas sholat fardhu.

                                                  (Ustaz Salahuddin Mohd Nasir-foto fail)
  

SalamRamadhan.

Hey Dude. Ada kisah menarik oleh Ustaz Salahuddin Mohd Nasir dari Gombak Selangor,sewaktu memberi tazkirah Ramadhan selepas sholat Isya’(Jumaat 26/6) di Masjid Annur,Kampung Melayu Wira Damai Batu Caves.Selangor.yaitu tentang tabiat para perokok.dan cara berhenti merokok.

Di Negeri Selangor sudah berlaku fatwa ‘haram’ merokok.Namun ada perokok tegar yang memberi alasan kepada beliau"kata Ustaz Salahuddin dalam ceramahnya itu.bahwa Tok Guru,Kyai di pondok pesantren malah juga seorang perokok.

Lalu Ustaz menjawab 'nash dalil' perokok tersebut "Itu Tok Guru pondok tanam sendiri tembakau dibelakang rumah.Setelah daun tembakau cukup matang dipetik sendiri oleh istri Tok Guru dibasuh lalu dijemur hingga kering dan diracik juga oleh istri Tok Guru.Sudah jelas tak ada bercampur bahan-bahan yang subahat".

"Dan lalu digulung dan dibalut sendiri oleh Tok Guru sebesar ibujari tangan lalu dihisap.Hingga asapnya mengepul-ngepul ke udara gajahpun ketakutan lari!.Merokok macam Tok Guru tu makruh hukumnya" – tambah ustaz sambil bergurau, para hadirinpun ketawa mendengar gurauan beliau.


Dalam tazkirah ringkas itu beliau menasehatkan para jamaah yang merokok agar berlatih secara perlahan-lahan untuk berhenti merokok dengan mengurangkan jumlah batang rokok yang dihisap hari-hari,terserah berapa batang kemapuan anda untuk menguranginya, katanya.
Dan pada bulan puasa Ramadhan ini adalah waktu medan latihan yang terbaik untuk berhenti merokok.Dan beliau memberi tips berhenti merokok dengan melakukan doa khusus setiap selepas shalat fardhu kaedahnya begini.

Lakukan berdoa kehadirat Allah SWT setiap lepas sholat fardhu misalnya anda mulakan selepas sholat subuh lalu berdoa "Ya Allah Ya Tuhan ku berilah aku kekuatan untuk berhenti merokok hingga masuk waktu zohor saja"
Dan demikianlah seterusnya setiap selepas melakukan sholat fardhu.."Ya Allah Ya Tuhan ku berikanlah aku kekuatan untuk berhenti merokok dari selepas sholat..ini hingga masuk waktu sholat.. InsyaAllah sangat berkesan dan mujarab kaedah berdoa ini menurut Ustaz Salahuddin Nasir.

Dan selanjutnya beliau memberi tips faedah kebaikan yang sangat besar bagi orang yang berhenti merokok..Misalnya seorang perokok tegar menghabiskan kos beli rokok dalam RM 20 sehari dan simpan duit tersebut.Sebulan sudah terkumpul RM 600.Setahun RM 7200 dan selama 10 tahun orang yang berhenti merokok sudah boleh tersimpan sejumlah RM 72.000.Maka uang sebanyak itu sudah boleh beli sebuah rumah sederhana.kata beliau.


Namun ada kisah lucu tentang orang yang berhenti merokok dan menyimpan uang itu untuk membeli rumah seperti yang beliau anjurkan.

Pada suatu ketika selepas beliau memberi ceramah disuatu masjid,datang seorang jamaah menemui beliau dan berkata;

"Ustaz saya sudah buat kaedah yang ustaz sebutkan itu.Tapi ustaz, lepas saja rumah itu siap maka rumah saya itu terbakar ustaz.Jadi saya pun berfikir ustaz.. hendak merokok kembali.Sebab duit berhenti merokok itu tidak boleh disimpan ustaz..panaaass kata jamah itu"

Lalu Ustaz Salahuddin berfikir sendiri dalam hatinya."Ini orang hendak cari-cari alasan hendak merokok kembali.."kata beliau berseloroh para hadirin pun ketawa.

Demikianlah Tips Ramadhan 100+;Cara Berhenti Merokok oleh Ustaz Salahuddin Mohd Nasir yang saya kutip dari ceramahnya di Masjid Annur.Wira Damai.

Dan kesimpulannya adalah:
Pertama dengan cara mengurangi jumlah batang rokok yang dibakar hari-hari.
Kedua dengan melakukan berdoa secara ikhlas setiap selepas sholat fardhu lima waktu sehari semalam.InsyaAllah berhasil.
Wallahu'alam.

 Baca juga; Ramadan The“Cannon of Iftar” Tradisi Lama Kini Dihidupkan Kembali.

No comments:

Post a Comment