Apa yang Harus Dilakukan Terhadap Anak-Anak Anda tentang Game #CharlieCharlieChallenge


Namun masih ramai juga para ibubapa yang suka bercakap menakut-nakutkan anak-anak mereka tentang syaitan,hantu atau mana-mana zombi.Tetapi kanak-kanak akan tetap menjadi anak-anak.

<img src="CharlieCharlieChallenge .jpg" alt="Apa yang Harus Dilakukan Terhadap Anak-Anak Anda tentang Game  #CharlieCharlieChallenge">
                                                                      
                                     ( Ilustrasi;Image game#CharlieCharlieChallenge)


Hey Dude!Semasa zaman kanak-kanak atau remaja kita dulu ada berbagai permainan tradisional yang sangat menarik:bermain gegelang getah,bermain guli.bermain petak lompat.
Kadang-kadang permainan sorok-sorok boleh mendapatkan sedikit menakutkan.

Dan saya masih ingat permainan yang dipanggil permainan 'ritual roh jelangung'- Anda klik baca disini, kadang dilakukan berdekatan kuburan adakalanya bersama orang dewasa.
Begitulah dunia kanak-kanak yang suka kepada permainan yang menakut-nakutkan.
Itu zaman dulu-dulu sebelum internet berkembang maju.

Justru ada permainan mirip 'jelangkung' yang di sebarkan melalui internet yang kini sangat popular (Anda baca artikelnya disini).

Namun pada artikel kali ini saya bukan hendak membahas permainan #CharlieCharlieChallenge tersebut.Tetapi dari sudut positif psikologi kanak-kanak.Jika kebetulan anda dapati anak-anak anda sedang bermain dengan rakan-rakannya permainan tersebut.


Zaman melarang kanak-kanak dengan idiom hantu.

Pada zaman dahulu.nenek moyang kita bila hendak melarang dan mencegah untuk jangan berbuat sesuatu yang akan berbahaya pada kanak-kanak.Para leluhur kita akan membuat cerita-cerita yang akan menakutkan kanak-kanak;'misalnya jangan berkeliaran lagi diluar rumah saat waktu maghrib,kerana syaitan mula keluar dari sarangnya'

Secara makna harfiahnya para leluhur kita sangatlah bijak.Kerana pada waktu maghrib itu antara pertukaran waktu siang ke malam.Adakalanya cuaca ketika itu membuat kanak-kanak mudah deman.Dan binatang-binatang buas dan nyamuk-nyamuk berbahaya yang boleh menyebabkan 'penyakit denggi atau demam berdarah'mula keluar mencari makan seiring waktu senja.

Dan kini terbukti pihak jabatan kesehatan akan menyembur obat anti denggi pada menjelang senja (maghrib) Dan secara bijaknya para nenek moyang kita mendidik kita agar segera menunaikan sholat maghrib- kerana waktu solat maghrib itu sangat singkat tak sama dengan waktu-waktu sholat yang lain.Maka jika dibiarkan berkeliaran lagi sudah tentu terluput waktu sholat maghrib.Hebat nenek moyang kita bukan!

Berbalik kepada permainan #CharlieCharlieChallenge tersebut yang begitu cepat popular dengan kegilaan media sosial baru-baru ini.

Mengapa kanak-kanak tertarik melakukan permainan ini?


Zaman kanak-kanak dan remaja adalah saat keinginan untuk mencoba segala permainan dan memang secara fitrahnya kanak-kanak dan remaja suka untuk mencoba sesuatu.

 Mereka ingin mengetahui untuk diri mereka sendiri. Jika permainan itu berhasil dan berfungsi atau mungkin saja mahu untuk bersuka-suka.Misalnya untuk mendapat jawaban adakah seorang gadis benar-benar suka pada mereka atau untuk tahu jawaban apakah mereka akan lulus ujian peperiksaan.

Dengan pesatnya perkembangan teknologi internet.Kanak-kanak sangat suka dan tertarik  untuk menjadi sebahagian daripada perbualan sosial.Media sosial menjadikannya mudah untuk berbuat demikian.

Dengan tweet, gambar, atau video mengenai perkara ini, mereka boleh menjadi sebahagian daripada status yang lagi trending dan heboh itu.Ia termasuk hashtag #charliecharliechallenge,dengan gambar di Instagram.Dan membuat mereka mendapat ramai pengikut baru untuk menjadi terkenal.

Apakah ianya membimbangkan Anda?

Kita sebagai ibubapa zaman milenium ini sudah tidak mahu lagi berkisah tentang yang menakut-nakutkan anak-anak kita seperti yang dilakukan oleh para leluhur kita.

Namun masih ramai juga para ibubapa yang suka bercakap menakut-nakutkan anak-anak mereka tentang syaitan,hantu atau mana-mana zombi.Tetapi kanak-kanak akan tetap menjadi anak-anak.Mereka akan cuba menakut-nakutkan satu sama lain.Walaupun kita tidak lagi melakukannya .Itu lifestyle dunia mereka!

Sebenarnya, permainan #charliecharliechallenge adalah tidak berbahaya.Trend ini akan memudar seiring waktu berjalan dan esok mereka akan ke perkara yang lain untuk mengisi waktu mereka.

Apakah yang perlu Anda lakukan?


Pertamanya,coba tanya anak-anak anda jika mereka telah mendengar hal itu.Jika mereka telah mencubanya,dan apa yang mereka fikirkannya. Anda tahu anak-anak anda adalah yang terbaik. Dan akan memberitahu jika mereka berasa takut tentang sesuatu perkara.Dan mungkin mereka tidak tahu apa yang perlu diberitahu pada anda tentangnya.

Perlu anda Ingat! bahawa 10 orang daripada anak-anak muda remaja adalah aktif di media sosial,sekalipun pun anak anda tidak!

Mereka mungkin mempunyai rakan yang pernah mengajak dan memberitau tentang permainan tersebut. Anak-anak ini mungkin menjadi takut dengan permainan seperti itu.Jika mereka kelihatannya begitu.Jelaskan kepada mereka yang sebenarnya sains graviti dibalik semua permainan itu.

Dan mungkin anda perlu menjelaskan sesuatu kepada mereka.Dimana anda juga pernah melakukannya ketika masih kecil.Dalam situasi ini anda jangan memarahi mereka.Sebab cara ini tidak akan membantu untuk menyelesaikan perkara ini.

Anda juga boleh bertanya kepada mereka, "Apa yang akan kamu tanya jika kamu bermain permainan itu?" Ini boleh memberi peluang untuk mengetahui apa yang sedang bermain dalam fikiran anak-anak anda.

Media sosial adalah alat yang sangat ampuh dan berpengaruh.Pastikan anak-anak anda dalam perspektif yang positif.Dan keluarga anda akan baik-baik saja! Terimakasih.

No comments