5 Cara Yang Salah Tentang Perkara Berbelanja Besar pada Wang Anda
Fazryan87.blogspot.com --5 Cara Yang Salah Tentang Perkara Berbelanja Besar pada Wang Anda.
Hey Dude,! Suatu petang itu sekitar 5 tahun lalu saya duduk di kamar depan rumah yang hampir siap direnovasi hanya tinggal memasang kaca jendela bilik itu.Jendela itu masih terbuka-menganga tanpa ada penutup apa-apa dan kamar itu kebetulan menghadap bukit yang menghijau..Hujan lagi sedang turun tidak berapa lebat. Ketika curahan hujan itu turun dari hujung atap perlahan-lahan menitis bagaikan untaian mutiara putih gugur kebumi..'aduhai indahnya alunan panorama pemandangan waktu petang menjelang senja itu'-yang mungkin tak akan terjadi lagi seperti itu.
Hey Dude,! Suatu petang itu sekitar 5 tahun lalu saya duduk di kamar depan rumah yang hampir siap direnovasi hanya tinggal memasang kaca jendela bilik itu.Jendela itu masih terbuka-menganga tanpa ada penutup apa-apa dan kamar itu kebetulan menghadap bukit yang menghijau..Hujan lagi sedang turun tidak berapa lebat. Ketika curahan hujan itu turun dari hujung atap perlahan-lahan menitis bagaikan untaian mutiara putih gugur kebumi..'aduhai indahnya alunan panorama pemandangan waktu petang menjelang senja itu'-yang mungkin tak akan terjadi lagi seperti itu.
Baca artikel ini; 5 Tips Praktis Untuk Jadi Orang Kaya Di Usia Muda.
Begitulah kepuasan materialistik yang kita rasakan jika dilandasi dengan penuh kesyukuran atas kurniaan nikmat kepada Yang Pemberi Rezki,AllahTa'ala Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani.
Adakalanya kita merasakan kepuasan materialistik tidak berlangsung begitu lama. Kerana dikatakan bahawa otak kita menyesuaikan diri dengan kebahagiaan. Ada sebagian kita membeli dan mengukur kebahagiaan dengan perkara-perkara materialistik.Mungkin kita berbahagia seketika. Namun perkara-perkara baru akan kehilangan sinarnya juga.
Daripada menghabiskan wang anda pada perkara-perkara yang akhirnya akan menjadi usang, cuba membelanjakannya pada sesuatu yang akan membuat kenangan yang berkekalan.
Kenangan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita selama-membantu menjadikan siapa kita. Pengalaman baik selama-lamanya akan kekal baik dalam fikiran anda dan orang-orang yang tidak baik jika berubah akan menjadi anekdot lucu di masa akan datang.
Di bawah adalah senarai 5 Cara Yang Salah Tentang Perkara Berbelanja Besar pada Wang Anda.
Gunakan tips ini untuk menjimatkan wang supaya anda boleh membelanjakannya pada hal-hal yang bermanfaat dan akan memperkayakan kehidupan anda serta orang di sekeliling anda:
5 Cara Yang Salah Tentang Perkara Berbelanja Besar pada Wang Anda:
1. Elektronik.
Perkakas dan set elektronik canggih di hari ini bagaikan suatu keharusan, tapi itu tidak berarti bahwa Anda harus menghabiskan uang untuk mendapatkan hal yang terbaru. Kepuasan perasaan terhadap barangan baru hanya sebentar saja. Dan dijamin akan ada model baru dan lebih baik dari perangkat yang anda beli sekarang akan muncul tahun depan.
2. Trend Baru Hiasan Rumah.
Kebiasaan masyarakat kita menjelang hari raya akan menukar hiasan rumah seperti langsir baru untuk jendela dan pintu kamar.Dan juga akan menukar perabot yang dikira sudah ketinggalan modelnya dengan perabot baru.
Akan sentiasa ada tema baru yang popular untuk menghiasi rumah anda. Hingga ada diantara kita yang menghabiskan ribuan ringgit untuk perkara demikian seperti meniru fashion baru yang keluar di majalah.
Sesungguhnya anda boleh mengubahsuai perhiasan lama dirumah anda menjadi tampak baru dengan sedikit sentuhan pembaharuan mengikut model di majalah tersebut.
Anda boleh menjadikan ia satu pengalaman dan kebanggaan untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan dan keluarga.
3. Kenderaan baru :Kereta dan motor.
Membeli atau mengganti kereta dan motor lama yang masih baik kondisinya dengan model terbaru bukanlah satu gaya hidup pintar.
Cara hidup begini adalah hanya akan menjerumuskan anda ke dalam lubang hutang yang tidak berkesudahan.Kerana model baru akan sentiasa keluar tahun depan.
Anda tidak akan mempunyai simpanan uang di tangan anda jika anda punya hobi tukar-tukar kenderaan yang masih berhutang (separuh dibayar) untuk model ini atau model lain dengan harga semasa (yang mungkin lebih mahal)
4. Fashion Terbaru.
Anda tidak perlu merasa bersalah sekali-sekali untuk membeli pakaian baru, beg dan kasut . Tetapi jika ianya sampai ketahap bermewah-mewah di mana anda cuba untuk mendapatkan setiap beg baru atau sepasang kasut untuk kira-kira ribuan RM plus, Dalam perkara ini mungkin anda perlu ubah sikap untuk tidak mengikut nafsu saja dan coba menyimpan wang atau berjimat untuk sesuatu yang lain.
Model-model baru sentiasa akan menjadi trend baru dan akan kembali jadi usang dan tidak ada gunanya untuk menghabiskan semua wang anda yang begitu susah untuk dikumpulkan, hanya sekadar untuk memenuhi ruang almari di bilik anda.
5. Perhiasan Barang Kemas.
Barang kemas mewah adalah baik untuk majlis-majlis rasmi, di pejabat dan ketika menari pada malam anda keluar. Jika anda mampu untuk membeli dua ribu dolar jam tangan, Itu adalah hak anda.
Namun gagi yang lain daripada kita, terdapat satu garis halus pemisah antara accessorizing(fashion accessory) dan membuat hutang baru untuk perkara-perkara yang hanya trending demi untuk kepuasan nafsu materialistik seketika saja..
(!) Remember... menghabiskan wang anda untuk perkara-perkara yang hanya mencipta kenangan sejenak yang serba materialistik. Adalah sesuatu perkara yang sangat sia-sia. Tetapi jika anda lakukan juga.Kita berharap perkara tersebut tidak akan menjadi suatu penyesalan.
Baca juga artikel penting ini;
14 Fakta Tentang Syarikat Mecca Fund Global Yang Mengejutkan.
____________________
Courtesy to lifehack.org./Featured photo credit: Packs/ PublicDomainPictures via pixabay.com
No comments
Post a Comment