Bagaimana pun selepas mengambil keputusan untuk berhijab sejak Jun lalu,Melly telah membuat para peminatnya dan wartawan media hiburan dirantau ini berkata Woww!
Kerana Melly berhijab dengan fesyen yang sungguh menakjubkan..
Melly tampil dengan aneka tudung ganjil lagi 'nyentrik' termasuk berzip dan ala cendawan.
Apabila ditanya wartawan media hiburan,Melly menyatakan berhijrah memakai tudung tidak bermakna ia harus menyekat kreativiti sebaliknya apa yang penting adalah menutup aurat.
Well, Melly. Yang penting tindakannya menutup aurat harus dipuji dan diharapkan menjadi contoh kepada artis wanita popular lain- MYNEWSHUB.MY