20 Gambar Panduan Lengkap Untuk Melawat Legoland Malaysia
Hey Dude, 20 Gambar Panduan Lengkap Untuk Melawat Legoland Malaysia|
Musim cuti pendek di Malaysia akan bermula juga sempena hari raya 'Idul
Adha ,Perayaan Deepavali dan Awal Muharam semua cuti-cuti singkat
tersebut berlaku di bulan Oktober 2014 ini.
Jadi kepada Anda yang ingin mengambil peluang hari cuti tersebut bolehlah bercuti di dalam negeri kita saja .Dan jika Anda ingin bercuti panjang.Anda perlu bersabar hingga cuti panjang sekolah bermula pada minggu kedua bulan November hingga penghujung bulan Disember 2014.
Jadi kepada Anda yang ingin mengambil peluang hari cuti tersebut bolehlah bercuti di dalam negeri kita saja .Dan jika Anda ingin bercuti panjang.Anda perlu bersabar hingga cuti panjang sekolah bermula pada minggu kedua bulan November hingga penghujung bulan Disember 2014.
Sama ada Anda ingin memilih tarikh bercuti masa cuti pendek dan cuti panjang sekolah, terserah mengikut jadual cuti yang Anda perolehi dari majikan Anda.
Namun jika Anda bekerja sendiri sudah tentu ada kebebasan memilih masa bercuti bagi Anda dan keluarga.
Well, Pada artikel tips melancong kali ini saya ingin mempersembahkan sedikit info pelancongan Anda didalam negeri Malaysia ,secara tepatnya adalah ke Legoland Malaysia di Johor Baharu.
LEGOLAND Malaysia merupakan salah sebuah taman tema terkemuka sesuai untuk aktiviti santai seisi keluarga dan anak-anak. Legoland Malaysia dibuka kepada umum secara rasmi pada 15 September 2012.
Walaupun sampai saat saya menulis artikel ini saya belum sempat menjejakkan kaki kesana.InsyaAllah masa terdekat ini mungkin.
Cuma dengan daya khayal dan imaginasi sebagai seorang penulis,saya sudah dapat membayangkan bagaimana asyiknya jika Anda dan keluarga berkunjung kesana,
Legoland Malaysia terletak di Medini, Bandar baru Nusajaya, Johor Bahru, Johor dan merupakan Legoland yang pertama di Asia dan ke-6 di dunia dengan keluasan 76 ekar di kawasan real estate mewah Iskandar Malaysia. Sebagai seorang rakyat Malaysia rasa amat berbangga kerana kini Malaysia bukan sahaja aman, damai dan bersih malah mempunyai sebuah taman tema bertaraf antarabangsa.
Harga Tiket Legoland Malaysia,
Harga tiket masuk Legoland Malaysia adalah RM140 (Dewasa usia12-59 tahun), RM110 (Kanak-kanak usia 3-11 tahun dan warga emas umur 60 tahun ke atas).
Legoland Malaysia juga menyediakan Annual Pass untuk pengunjung dengan harga RM275 (12-59 tahun) dan RM210 (Kanak-kanak 3-11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas).
Sewajarnya harga tiket masuk ke sini boleh dikatakan berpatutan juga kerana mereka menyediakan lebih daripada 40 jenis permainan, pertunjukan dan tarikan.
Taman Tema Legoland Malaysia,
Bagi pengunjung yang datang ke sini bersama keluarga dan anak-anak, mereka boleh merasai sendiri pengalaman 7 Taman Tema khas yang disediakan di Legoland Malaysia iaitu Lego Kingdom, Imagination, Land of Adventure, Lego Technic, The Beginning, Lego City dan Miniland.
Hampir 50 juta bongkah Lego digunakan untuk menyediakan model-model Lego yang terdapat dalam taman tema ini. Pengalaman yang paling menarik ialah apabila dapat melihat sendiri model-model Lego yang dibina dan dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri.
(Miniatur Taj Mahal India)
Apabila Anda telah sampai kekawasan Legoland jangan lupa singgah menatap arsitektur mini di Taman Miniland para pengunjung dapat melihat model-model bangunan yang dibina menggunakan bongkah Lego seperti bentuk bangunan asal misalnya Bangunan Istana Taj Mahal di India ,Bangunan Sultan Abdul Samad di sebelah Dataran Merdeka Kuala Lumpur,Menara Petronas atau KLCC di Kuala Lumpur ,KL Tower di Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur dan berbagai bangunan lainnya.
Menurut jurucakap pihak Legoland,kerana mereka inginkan bentuk arsitektur miniatur ini persis degan bangunan asal.Adakalanya mereka harus menyiapkan sesebuah miniatur ini dari 3bulan hingga hampir 12 bulan untuk siap.
(Miniatur Menara KL dan KLCC )
(Bangunan Sri Perdana Putra Jaya Kuala Lumpur)
Taman Miniland ini seakan terinspirasi dari Taman Mini Indonesia Indah-TMII ,cuma TMII memaparkan bangunan nyata dengan saiz sebenar bukan merupakan bangunan miniatur.
Taman Miniland ini mewujudkan miniatur bangunan-bangunan popular di serata Asia antaranya bangunan yang terdapat di Malaysia, Indonesia,Singapura, India, Myanmar, China, Laos, Brunei, Philippines, Vietnam, Cambodia dan Thailand.
(Miniatur bangunan-bangunan dari negara Asia-atas dan bawah)
(Miniatur bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur)
Setelah puas menikmati panorama bangunan-bangunan miniatur dari Asia.teruskan penjelajahan Anda ke Taman Lego Technic
Di sini terdapat permainan untuk seisi keluarga. Bagi mereka yang dewasa janganlah risau kerana di Lego Technic memang sesuai untuk citarasa anda. Permainan yang paling ramai peminatnya adalah ‘Aquazone Wave Race’ dan ‘Project X’.
( Permainan ‘Project X’)
Bagi Anda yang tidak gayat atau gamang akan ketinggian, Project X merupakan permainan yang sesuai untuk anda. Dengan ketinggian 18 meter dan curam, Project X memberikan seribu satu kepuasan bagi diri Anda.
(Permainan Tema ‘Aquazone Wave Race’ )
Permainan selanjutnya yang Anda jangan lewatkan adalah permainan ‘Aquazone Wave Race’
Anda mungkin akan basah kuyup akibat Water Splash dan percikan air yang ditembak melalui pistol air oleh orang ramai yang menyaksikan. Selain daripada itu di Taman Lego Technic terdapat juga Lego Academy, Lego Mindstorms, Technic Twister.
(Bangunan Taman Lego Kingdom)
Kemudian Anda teruskan pengembaraan ke Taman Lego Kingdom pula. Di sini terdapat sebuah istana yang tersergam indah. Bentuk Istana dan daya tarikannya seakan Anda berada di Eropah zaman silam.Juga sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
Sementara melihat orang bermain roller coaster, Anda yang tak bermain itu bolehlah bawa anak-anak bermain The Forestmen’s Hideout, Merlin’s Challenge dan Royal Joust.
Di bahagian Imagination pula, saya berpeluang merasai permainan Kids Power Towers. Di sini juga terdapat pelbagai permainan untuk kanak-kanak antaranya Build & Test, Observation Tower, Lego Studios, Musical Fountain, Duplo Playtown, Duplo Express.
Build & Test – Di sini ibu bapa dan anak-anak dapat merekacipta model Lego sendiri. Ramai di antara pengunjung tema ini menunjukkan kreativiti masing-masing. Ada yang buat model kereta, model bangunan. Apa yang penting di sini satu keluarga dapat disatukan bersama-sama selain dapat berhibur.
Lego Studios – Di sini Anda dapat menonton dan merasai sendiri keunikkan dan kehebatan persembahan 4D dari filem-filem Lego. Bayangkan anda dapat rasa percikan air, angin dengan bunyi yang mantap di sini. Memang terbaiklah!
Kanak-kanak juga dapat berhibur bermain permainan kegemaran mereka di Duplo Playground dan Duplo Express
Demikianlah gambaran fantasi pengembaraan saya di Legoland Malaysia,yang membuat saya tak sabar untuk mengunjunginya.
Dan kepada pengunjung Muslim di Legoland ini Anda jangan risau tentang makanan,minuman yang Halal ,juga tentang toilet yang disediakan air yang melimpah serta surau tempat bersholat.Dan juga kepada pengunjung cacat atau Orang Kurang Upaya (OKU) kemudahan unuk mereka semua disediakan dengan baiknya.
Silahkan Anda segera berkunjung ke Legoland Malaysia ,Anda akan disambut oleh para staff mereka yang memang peramah serta terlatih dan sentiasa membantu Anda.Terimakasih.
_____________________
Courtesy to gengkembara.com( Info & Photo)