Waspada Penipuan Wang Anda Via Sindiket Pelancongan Visa Australia

Waspada Penipuan Wang Anda Via Sindiket Pelancongan Visa Australia
Kode Iklan Di Sini
<img src="Visa Australia.jpg" alt=" Waspada Penipuan Wang Anda Via Sindiket Pelancongan Visa Australia ">


Pada artikel sebelum ini saya telah posting dua artikel tentang ciri-ciri dan modus operandi yang sering digunakan oleh para sindiket pelbagai penipuan
yang kerap memerangkap rakyat Malaysia dan Indonesia.Dan beberapa negara lain.Anda baca dahulu artikelnya disini;
AWAS,Sindiket Penipuan Pelaburan Penggandaan Wang, Modus Lama Yang Bijak Memerangkap Mangsa
Waspada Ciri-Ciri & Modus Operandi Sindiket Penipuan Wang Via Sindiket Pakej Pelancongan


Menurut satu kaji selidik dari syarikat telekomunikasi Telenor Group,yang dirilis oleh media www.comparehero.my "Rakyat Malaysia amat mudah diperangkap sindiket penipuan". Hampir setiap hari, ada sahaja berita mengenai rakyat Malaysia ditipu hampir ratusan ribu Ringgit terpapar dimedia online dan offline.

Jadi, berikut ini antara senarai sindiket penipuan yang kerap memerangkap rakyat Malaysia untuk memudahkan anda waspada tentang ciri-ciri sindket tersebut dan modus operandi yang sering digunakan;

Sindiket Visa Pelancongan

Sindiket penipuan Visa Australia merupakan antara yang paling popular. Modus Operandi adalah dengan membuat tawaran untuk penjimatan masa dan wang dengan menggunakan servis mereka. Malangnya, penipuan tersebut bakal menyebabkan wang mangsa ‘hangus’, dan terkandas tanpa visa.

Anda juga perlu berhati-hati dengan tawaran Visa untuk bekerja di Australia, terutamanya untuk pekerjaan pemetik buah. Bukan semua Visa membenarkan anda untuk bekerja disana.

Jika anda bekerja di Australia tanpa Visa yang sah, anda boleh ditahan dan dilarang untuk memasuki Australia untuk tempoh hampir 3 tahun.

Australian High Commission(Suruhanjaya Tinggi Australia) mengingatkan rakyat Malaysia yang merancang untuk bekerja di Australia supaya memastikan mereka mempunyai visa yang betul sebelum berangkat ke negara itu.
 BACA JUGA ;
Cara Hacker Curi Wang Anda Di ATM.
Inilah Cara Hacker Menggasak Wang dari 100 Bank
Pilar-Pilar Cinta Sejati Itu Bersemi Via Online Dating
Australian High Commission(Suruhanjaya Tinggi) itu menerusi kenyataannya berkata, kebanyakan rakyat Malaysia pergi ke Australia menggunakan Autoriti Pengembaraan Elektronik (ETA), bagaimanapun ia sebenarnya adalah untuk tujuan pelancongan dan bukannya hak untuk bekerja di Australia, petik Bernama.

Pada 7 Feb lalu, 12 rakyat Malaysia merupakan antara 27 pekerja asing tanpa izin, dikenal pasti bekerja di sebuah ladang di Queensland, Australia, dengan sembilan daripadanya didapati tinggal melebihi tempoh visa dan tiga yang lain bekerja melanggar syarat visa termasuk ETA.

“Kerajaan Australia berazam untuk mengelak berlakunya eksploitasi pekerja asing di Australia".
“Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadannya (DIBP) melalui badan operasi Tentera Sempadan Australia, menyasarkan pekerja tanpa izin dan majikan bagi menghentikan aktiviti penipuan visa dan eksploitasi pekerja asing,” menurut laporan tersebut .

Australian High Commission(Suruhanjaya Tinggi Australia) di Kuala Lumpur melaporkan sesetengah rakyat Malaysia diperdaya menerusi sindiket penipuan yang mana agent menawarkan visa untuk dijual bagi tujuan bekerja dan mereka yang ditipu kemudiannya tidak dibayar gaji atau dibayar gaji yang rendah serta hidup dalam kemiskinan.

“Warganegara asing yang ditahan bekerja secara haram akan ditahan dan diusir dari Australia. Mereka juga akan berdepan dengan sekatan perjalanan di masa depan dan menanggung kos penyingkiran dari Australia,” katanya.

Rakyat Malaysia yang ingin ke Australia dinasihatkan supaya berurusan dengan saluran yang betul apabila memohon visa Australia melalui partner DIBP di Malaysia @website DIBP http://www.border.gov.au/.

Tip: Uruslah trip percutian Anda melalui saluran yang disahkan (kedutaan atau agensi pelancongan yang berlesen).Yang mengendalikan Pusat Permohonan Visa Australia di Kuala Lumpur untuk Visa Australia, anda boleh membuat permohonan melalui Australian Visa Application Centre di VFS Global.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai sindiket penipuan visa Australia, Anda boleh menghubungi Pesuruhjaya TInggi Australia melalui email visakl@dfat.gov.au.
Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut tentang visa Australia di laman web Australian High Commission.
Kode Iklan Di Sini
Admin
Fusce justo lacus, sagittis vel enim vitae, euismod adipiscing ligula. Maecenas cursus gravida quam a auctor. Etiam vestibulum nulla id diam consectetur condimentum.

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

Advertiser