Selamat Datang Di Blog FORTUNA LIFESTYLE.Blogspot.com
Terima kasih atas kunjungan Anda di blog Blog FORTUNA LIFESTYLE.Blogspot.Com,
semoga apa yang saya share di sini bisa bermanfaat dan memberikan motivasi pada kita semua
untuk terus berkarya dan berbuat sesuatu yang bisa berguna untuk orang banyak.

Waspada Ciri-Ciri & Modus Operandi Sindiket Penipuan Wang Via Sindiket Pakej Pelancongan

<img src="Sindiket Pakej Pelancongan.jpg" alt=" Waspada Ciri-Ciri & Modus Operandi Sindiket Penipuan Wang Via Sindiket Pakej Pelancongan ">

FORTUNA LIFESTYLE.COM | Menurut satu kaji selidik dari syarikat telekomunikasi Telenor Group, Rakyat Malaysia amat mudah diperangkap sindiket penipuan. Hampir setiap hari, ada sahaja berita mengenai rakyat Malaysia ditipu hampir ratusan ribu Ringgit terpapar. Jadi, kami senaraikan antara sindiket penipuan yang kerap memerangkap rakyat Malaysia untuk memudahkan anda waspada tentang ciri-ciri sindiket tersebut dan modus operandi yang sering digunakan.

BACA JUGA AWAS,Sindiket Penipuan Pelaburan Penggandaan Wang, Modus Lama Yang Bijak Memerangkap Mangsa

Sindiket Pakej Pelancongan

Berhati-hati jika anda ditawarkan pakej pelancongan dengan harga yang terlampau murah, terutamanya melalui media sosial. Sindiket ini semakin kerap berlaku, dan taktik yang biasa digunakan ialah:
  • Iklan melalui media sosial (Facebook, Instagram)
  • Pakej yang disediakan ke lokasi pelancongan popular (i.e. Pulu Redang, Pulau Perhentian)
  • Lebih murah dari harga pasaran iaitu RM 200 – RM 250 untuk pakej 3 malam.
  • “Ejen” tiba-tiba tidak dapat dihubungi selepas pembayaran dilakukan.
BACA JUGA;
Kebelakangan ini, antara sindiket yang sering berlaku ialah sindiket penipuan pakej Umrah dan Haji.

Salah satu cara mudah untuk anda mengenalpasti sindiket penipuan adalah melalui harga yang ditawarkan. Untuk kes Umrah contohnya, harga pakej yang kurang dari RM 5000 hendaklah diselidik dengan teliti terlebih dahulu. Ini kerana pakej Umrah biasanya akan meliputi 12 – 14 hari, dan tidak logik ejen boleh menjana keuntungan dengan pakej semurah itu.

Bagi pakej menunaikan Haji pula, kami sarankan agar anda memohon melalui Tabung Haji untuk mengelak risiko ditipu.


Jika anda ingin mencari pakej pelancongan yang murah, anda boleh dapatkanya di ekspo pelancongan seperti MATTA Fair (telah dianjurkan pada 17-19 Mac di PWTC, KL). Agensi pelancongan yang membuat pameran disana telah melalui saringan oleh MATTA (Malaysian Association of Tour and Travel Agents), jadi anda tidak perlu risau tentang risiko ditipu.

Tip tambahan: Periksa melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk mengesahkan status ejen pelancongan
(Courtesy to resources)
(Kredit Image by GoogleImage)

Enter your email address to get update from FORTUNA LIFESTYLE .Blogspot.Com.
Print PDF
Next
« Prev Post
Previous
Next Post »
Copyright © 2013. FORTUNA LIFESTYLE.COM | Information:Hotels | Traveling Info | LifeStyle | Review Articles | General - All Rights Reserved | Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger