TIPS Agar Tidak Mudah Tertipu Tentang Pembelian Property oleh Sindiket Penipuan Hartanah.

TIPS Agar Tidak Mudah Tertipu Tentang Pembelian Property oleh Sindiket Penipuan Hartanah.
Kode Iklan Di Sini
<img src="Sindiket Penipuan Hartanah.jpg" alt="TIPS Agar Tidak Mudah Tertipu Tentang Pembelian Property oleh Sindiket Penipuan Hartanah.">
                                         Ilustrasi Rumah Melayu di Kampung Baharu.KualaLumpur
                                                      

Sindiket Penipuan Hartanah
Negeri Tanah Melayu,Semenanjung Malaysia ini jika dianalogikan keluasannya "Hanya Seluas Kangkang Kera"

Dan begitu terhadnya tanah untuk dibangun sebagai perumahan rakyat,baik yang dibangun sendiri mahupun syarikat swasta.

Namun permintaan tanah untuk perumahan senantiasa meningkat.Anda jangan bermimpilah untuk memiliki keluasan tanah perumahan persendirian yang seluas lot banglo.Jika Anda bisa mendapatkannya,sungguh beruntung sekali Anda.!

Maka dengan tingginya permintaan tanah untuk perumahan,secara tidak langsung value hartanah akan melambung tinggi disebabkan stock keluasan tanah yang terhad.

So, untuk artikel labels Financial News | Reviews and Advice, kali ini saya share kepada Anda tentang tips ringkas untuk tidak mudah tertipu tentang pembelian tanah oleh Sindiket Penipuan Hartanah.
BACA JUGA;

Cara Menggunakan "Trust Deed" Atau Surat Ikatan Pemegang Amanah Kepada Ahli Waris[1]
Cara Menggunakan "Trust Deed" Atau Surat Ikatan Pemegang Amanah Kepada Ahli Waris[2-Akhir]
AWAS,Sindiket Penipuan Pelaburan Penggandaan Wang, Modus Lama Yang Bijak Memerangkap Mangsa



Pastikan anda telah melakukan kaji selidik/penelitian dengan teliti terlebih dahulu. Sindiket penipuan hartanah di Malaysia kebiasaannya akan menawarkan hartanah yang lebih murah dari harga pasaran.Malangnya, selepas membuat bayaran, mangsa baru sedar geran tanah yang telah dipalsukan dan tanah tersebut telah berdaftar dibawah nama orang lain.

Untuk melindungi diri anda dari sindiket ini, pastikan semua perjanjian dibuat dengan jelas. Jangan lupa untuk menggunakan khidmat peguam
/lawyer bagi melindungi anda, terutamanya jika anda tidak mahir tentang proses pembelian hartanah.    
  • Pastikan hartanah yang anda ingin beli dibawah geran individu. Jangan terpedaya dengan helah lawatan tapak ke lokasi hartanah tersebut. Minta salinan geran individu hartanah tersebut dan periksa di pejabat pengarah tanah.

  • Periksa kawasan tanah tersebut. Jika anda membeli tanah dengan niat untuk membina rumah, pastikan ianya di kawasan perumahan. Contohnya jika tanah tersebut di kawasan perindustrian, hasrat anda akan terhalang.

  • Gunakan khidmat peguam/lawyer sewaktu urusan jualbeli bagi melindungi hak anda. Jangan bergantung kepada khidmat peguam yang disediakan penjual, kerana terdapat risiko yang peguam tersebut akan lebih berat sebelah ke pihak penjual.
  • JANGAN sesekali menurunkan tandatangan ke atas perjanjian atau dokumen sebelum membacanya dengan teliti dan mendapatkan penjelasan dari peguam anda.
Selain itu, jangan lakukan sebarang pembayaran deposit jika anda boleh mendapatkan dokumen dan belum lakukan pemeriksaan. Walaupun pihak penjual mungkin memaksa anda untuk menyegerakan urusan dengan mengatakan anda boleh terlepas peluang untuk memiliki hartanah tersebut, beritahu mereka bahawa anda mahu melalui proses yang betul.
Semoga bermanfaat hendaknya.Dan Terima Kasih.
Kode Iklan Di Sini
Admin
Fusce justo lacus, sagittis vel enim vitae, euismod adipiscing ligula. Maecenas cursus gravida quam a auctor. Etiam vestibulum nulla id diam consectetur condimentum.

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

Advertiser