Selamat Datang Di Blog FORTUNA LIFESTYLE.Blogspot.com
Terima kasih atas kunjungan Anda di blog Blog FORTUNA LIFESTYLE.Blogspot.Com,
semoga apa yang saya share di sini bisa bermanfaat dan memberikan motivasi pada kita semua
untuk terus berkarya dan berbuat sesuatu yang bisa berguna untuk orang banyak.

Kisah Benar; Lelaki Tua Dengan Ilmu Harimau Dari Sumatera

Kisah Benar; Lelaki Tua Dengan Ilmu Harimau Dari Sumatera.
Hey Dude.Kisah hubungan manusia dan harimau ini yang telah saya simpan dalam lipatan relung-relung sejarah hidup saya,sudah puluhan tahun lamanaya.Tidak pernah saya ceritakan lagi kepada anak-cucu saya,apatah lagi di media offline atau online.

Jadi Anda pembaca blog saya ini adalah yang orang pertama yang membaca dan mengetahuinya kisah benar ini.Di kampung saya dahulu ada seorang lelaki yang sangat warak-taat beribadat .Saya tak sempat mengenalinya kerana saat dihari tuanya ketika itu saya masih kecil belum mengerti apa-apa lagi.Mungkin berusia sekitar 9 ke10 tahun(maaf sudah lupa dengan tepat)


Yang jadi teringat kisah lelaki tua itu yang boleh saya panggil datuk atau kakek- orang-orang kampung saya mengatakan bahwa orang tua itu masih ada hubungan saudara -pertalian hubungan kesukuan dengan ibu saya.

Saya boleh percaya kerana rumah beliau memang hanya berjarak 5 buah rumah saja dari rumah ibu saya.

 Kisah beliau yang warak dan mempunyai ilmu kebatinan yang hebat itu saya mendengarnya disaat hari tua beliau dan  sudah sakit-sakitan dibeberapa ketika beliau akan meninggal dunia.

Apatah lagi setelah beliau meninggal semua orang-orang kampung terutama orang-orang tua banyak bercerita tentang kehebatan beliau semasa hidupnya.Beliau bukan saja mempunyai ilmu akhirat malah ilmu keduniaan yang hebat.

>Difahamkan, harimau itu dikatakan menjadi penunggu rumahnya setiap kali dia dan suaminya bersama anak mereka keluar dan harimau itu menjaga hasil tanaman mereka agak tidak dicuri atau dirosakkan pihak tertentu disini;Perancis Panik Kerana Seekor Harimau Di Malaysia Bela Harimau Untuk Takutkan Monyet.

Ilmu Kebatinan Harimau,

Ilmu keduniaan atau Ilmu Kebatinan beliau yang sangat terkenal adalah dimana beliau dalam kehidupan hariannya hanya sebagai petani di kampung; berladang menanam padi dan sayur-sayuran.Tanah sawah ladangnya luas-luas dan banyak. Ada kalanya beliau menanam cili merah (cabe merah) seldary atau daun sup,daun bawang,terong dan sebagainya.

Beliau menanamnya dengan cara teratur dimana setiap panen sayur-sayurannya sudah pasti ketika harganya sedang bagus atau mahal.Begitulah bijaknya beliau mengatur waktu menanam dan bila harus saat musim panennya untuk mengutip hasilnya.

Apa hubungan kehebatan ilmunya dengan aktiviti nya sebagai petani? Menurut cerita orang-orang tua dan juga keluarga saya .Beliau ini ada membela seekor harimau untuk menjaga kebun-kebun dan sawah ladangnya dari dicerobohi pencuri dan binatang-binatang seperti monyet dan sebagainya.

Jika petani-petani lain dikampung saya waktu itu memelihara anjing untuk menjaga tanah pertaniannya.Datuk saya ini menggunakan harimau.Cuma tentang harimau ini ceritanya berbagai versi. Ada yang mengatakan harimau tersebut memang harimau betul dan lainnya berkisah harimau itu adalah harimau siluman atau harimau jadi-jadian.

Dan kepastian tentang mana yang benar kisah harimau ini terkubur begitu saja.Kerana tidak lama setelah beliau meninggal istrinya pula wafat dan beliau hanya punya seorang anak lelaki yang tak mahu bercerita tentang rahasia bapanya itu.

Diantara kisah-kisah yang saya dengar langsung dahulu dari orang-orang terdekat dan juga keluarga dekat beliau adalah: Beliau bila akan balik kerumah dari ladang kebunnya waktu petang hari,apatah lagi waktu itu hari sedang hujan,maka beliau akan menunggang harimau itu untuk pulang kerumah-tak pernah seorang pun yang boleh melihat atau menyaksikan dengan mata kasar akan kejadian yang kerap berlaku itu.

Buktinya hanya beliau tidak basah badannya atau pakaiannya sementara orang lain yang bertani berdekatan dengan ladang beliau semua basah kuyup pulang kerumah.

Dan pada malam hari kebiasaannya sewaktu masih sehat dan kuat beliau kerap berjalan malam meronda ladangnya atau memeriksa aliran air sungai yang dialirkan untuk sawah padi beliau dan orang lain.Dan diceritakan juga apabila orang- orang bertembung dengan beliau dimalam hari dari kejauhan akan nampak dua biji cahaya terang berdekatan beliau berjalan- sudah pasti itu adalah cahaya dua biji mata harimau belaan beliau.

Dan pernah terjadi..Diceritakan ada sekumpulan pencuri sedang mencuri tanaman cili merah dikebun beliau pada waktu malam ,dalam keasyikan pencuri memasukkan cili kedalam karung goninya melintas harimau penjaga kebun didepan pencuri itu.Apatah lagi lintang-pukang para pencuri melarikan diri.Esok paginya sewaktu beliau kekebunnya beliau hanya tersenyum saja kerana ada orang yang sudah bantu memetikkan buah cili beliau.

Didepan rumah datuk bela harimau ini ada sebuah parit sederhana besarnya.Airnya dialirkan untuk pengairan sawah padi disekitar kampung beliau dan kampung berdekatan.
Kadangkala ada saja manusia-manusia yang tamak ,yang berbuat jahat dengan menutup saluran air kesawah orang lain lalu membuka laluan air kesawah mereka.dan orang-orang seperti ini kerap terserempak dengan harimau tersebut,kerana menurut orang-orang tua dikampung.Orang yang selalu berniat jahat akan selalu ditakut-takutkan oleh harimau itu.

Dan setelah beliau meninggal ada beberapa kali harimau itu datang malam-malam kerumah beliau datang untuk meminta makan.Istri beliau tahu masa-masa kedatangan harimau itu kerana harimau itu bila datang akan menggosok-gosokkan badannya kedinding rumah yang terdiri dari dinding buluh sebagiannya.

Dan sampai pada satu ketika istri beliau berkata dari atas rumah kepada harimau tersebut " Pergilah cari tuan baru engkau.tuan engkau dah meninggal dunia  tak akan kembali lagi dan saya dah tua tak larat nak jaga dan bagi makan engkau lagi"

Selepas kejadian itu.memang tiada lagi kelibat bayangan tubuh harimau atau cahaya dua biji matanya yang terang dikala malam gelap kelihatan dipersekitaran rumah datuk saya itu.
dan orang-orang pun sudah tak takut lagi lalu-lalang malam hari disekitar rumah itu.

Dan sangat disayangkan ilmu harimau itu tak ada yang diperturunkan menerimanya atau dibaiahkan baik keluarga terdekat dan anak-cucu beliau.Maka ilmu hebat itu pupus lenyap begitu saja dibawa bersama kematian beliau.Wallahua'lam.

Jangan lupa baca artikel ini;Misteri Hantu Pasien Gentayangan Di Sanatorium Waverly Hills[1].html

Enter your email address to get update from FORTUNA LIFESTYLE .Blogspot.Com.
Print PDF
Next
« Prev Post
Previous
Next Post »
Copyright © 2013. FORTUNA LIFESTYLE.COM | Information:Hotels | Traveling Info | LifeStyle | Review Articles | General - All Rights Reserved | Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger