#7 Tips Panduan Bajet Murah Majlis Perkahwinan Anda

Hey Dude,#7 Tips Panduan Bajet Murah Majlis Perkahwinan Anda--Majlis perkahwinan adalah sebuah peristiwa yang ingin diabadikan oleh sesiapa saja yang akan melangkah kegerbang kehidupan berumahtangga.

Namun akhir-akhir ini nuansa majlis perkahwinan terkadang sudah menjauh dari nilai-nilai Islamik,saling berlomba siapa yang paling gilang gemilang pesta-majlis perkahwinannya.

Majlis perkahwinan tersebut dipenuhi dengan pernak-pernik aksesori yang sudah bukan melambangkan upacara majlis perkahwinan seseorang Muslim.Terkadang kita susah mahu membedakan kini, upacara-pesta perkahwinan antara orang Islam dengan yang bukan Islam,seperti menyediakan band dan penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu bukan bernuansakan Islam.

#7 Tips Panduan Bajet Murah Majlis Perkahwinan AndaDi Malaysia misalnya,sekitar tahun 80an.Kita masih melihat majlis perkahwinan masyarakat melayu sangat sederhana dan Islamik,dan pada majlis perkahwinan itu nampak terserlah semangat gotong royong dalam menjayakan majlis perkahwinan tersebut.

Namun kini walau majlis perkahwinan diadakan di pelosok kampung tapi nuansanya sudah tidak membedakan lagi dengan cara 'orang kota' bermajlis perkahwinan-serba mewah dan gilang gemilang.

Kita setuju tidak ada bakal pengantin yang inginkan majlis perkahwinan mereka setakat ‘cukup syarat’ dan ala kadar.

Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tak mahu menanggung hutang dan beaya yang tinggi.

Well, kalau nak majlis yang gilang gemilang, mestilah kosnya juga gilang gemilang. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan.

Pada artikel kali ini saya  ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan beaya dan kos majlis perkahwinan Anda dan tips ini boleh digunakan dalam segala bentuk majlis perkahwinan, sama ada kecil atau besar.


#1.Senarai dan Tetapkan jumlah jemputan,
Memang benar dengan ramai jemputan ke majlis anda majlis kenduri nampak meriahnya,tapi belum tentu ada keberkatanNya,banyak terjadi pembaziran dalam segala hal majlis tersebut.

 Majlis perkahwinan lebih ramai orang yang anda jemput ke majlis perkahwinan anda, maka lebih besar kos yang perlu dibelanjakan.

Cuba untuk membuat senarai jemputan perkahwinan yang terhad kepada rakan-rakan terdekat dan saudara-mara, dan bukan semua orang yang anda pernah temui dalam hidup anda. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.


#2. Kad Tetamu Jemputan/Undangan,
Dan kini trendy baru,menempah kad jemputan perkahwinan yang serba mahal dan cantik-cantik. Tahukah Anda, tak ada orang yang mahu simpan kad kahwin Anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik.Kebanyakannya hanya berakhir di tong sampah.

Well,Solusinya jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Dan sebaiknya untuk lebih menjimatkan beaya atau kos, anda boleh menggabungkan kad jemputan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja.

Dan pilihan terakhir yang lebih murah lagi kosnya,bahkan sangat populer kini,buat jemputan tetamu Anda melalui media social seperti Facebook.Twitter,Pinterest.com saja.

#7 Tips Panduan Bajet Murah Majlis Perkahwinan Anda

#3. Hidangan Makanan,
Disetiap majlis kenduri perkahwinan ,beaya perbelanjaan untuk penyediaan makanan merupakan antara yang paling banyak menelan kos. Jika anda memilih untuk menempah makanan dari catering, pastikan anda memilih makanan yang sesuai dan tidak keluar dari bajet yang telah anda tetapkan.

Kebanyakan servis katering menyediakan perkhidmatan pakej katering termasuk khemah dan pelamin pada kuantiti tertentu. Contohnya, RM10 per-kepala termasuk khemah, meja, kerusi dan pelamin pada kuantiti minimum 500 orang jemputan. Survey harga catering pada sekurang-kurangnya 3 atau 4 tempat dan mengenal pasti apa yang pilihan terbaik yang ada.

Kebiasaan kenduri perkahwinan yang diadakan dikampung-kampung, tradisi gotong royong dalam menjayakan majlis masih dilakukan seperti memasak hidangan makanan dan juga tenaga anggota yang membantu mengemas,membasuh pinggan dan sebagainuya.

Justru jika anda ingin tradisi gotong royong ini dilakukan dalam majlis yang diadakan di bandar-bandar seperti memasak sendiri makanan untuk jemputan, pastikan anda bertul-betul mempunyai cukup “tenaga anggota” yang terdiri daripada ahli keluarga, kawan-kawan, kawan kepada adik beradik kita atau anda boleh mengupah  anak-anak remaja yang tinggal di kampung berhampiran untuk membantu.

Namun mengingat susahnya mencari tukang masak makanan dan juga orang-orang yang boleh bantu melaksanakan cara tradisi kampung gotong royong diatas.Dan Anda akan melaksanakannya  di bandar,saya cadangkan lebih baik  gunakan sahaja khidmat katering



#7 Tips Panduan Bajet Murah Majlis Perkahwinan Anda

#4. Aksesori Perkahwinan,
 Aksesori perkahwinan, tidak kalah pentingnya kini dari hal remeh temeh yang menyangkut majlis perkahwinan.
Sebaiknya untuk mengurangkan kos  belilah dari pemborong peralatan perkahwinan bukan kedai peralatan perkahwinan, anda akan dapat menekan kos pengeluaran dengan cara ini. Sebelumnya anda search di internet untuk membuat pilihan yang terbaik.

#7 Tips Panduan Bajet Murah Majlis Perkahwinan Anda

#5.. Pilihan Pakaian Pengantin,

Pakaian pengantin adalah sesuatu item yang sangat penting dizaman kini,trendy dan saling berlomba dengan pakaian pengantin agar majlis nampak meriah-gilang gemilang.

Tahukah Anda? Kesilapan memilih pakaian pengantin  boleh menjadi sebuah perbelanjaan yang besar, bahkan ia hanya akan digunakan sekali seumur hidup. Maka kita perlu bijak untuk menetapkan kos pakaian pengantin.

Cara yang dapat kita lakukan untuk jimat adalah dengan membeli pakaian kahwin terpakai yang masih dalam keadaan yang baik. Kebiasaannya, pengantin hanya akan menggunakan pakaian pengantin sekali sahaja.

Pilihan lain adalah, tanya kawan-kawan dan saudara-mara jika mereka ada pakaian kahwin yang boleh anda pinjam atau sewa.
Dan jangan lupa untuk memastikan desain pakaian pengantin itu sesuai dengan saiz dan bentuk tubuh Anda!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlNMKXvFAUV1MqPCdvAD2VxukaJzdAvWYEgKHi05gCZaMIn3avXmA9fmuFj6ytLgDTtxEuwgeVixg45Yuv5XysubqvWYv0j6oQ8H6yH-ChskMyC4CbzKr8LylxWQrv4_WNhy6VP1Vohg/s1600/20130525_095837.jpg

#6.Lokasi Majlis Perkahwinan,
Pertimbangkan lokasi yang dipilih. Jika anda ingin mengadakan kenduri di kawasan perumahan anda, pastikan kawasan jalan raya tersebut sesuai untuk diletakkan khemah. Seperti yang dikongsikan dalam point ke-3 sebelum ini, anda boleh berjimat dengan memilih servis katering yang turut menyediakan pakej percuma khemah, meja, kerusi dan pelamin pada harga yang berpatutan.

Namun jika lokasi berhampiran rumah tidak sesuai untuk diadakan majlis kenduri, anda boleh juga sewa dewan yang berdekatan dan sesuai. Anda boleh senaraikan dewan-dewan yang terdapat di sekitar anda seperti dewan masjid, dewan kawasan perumahan, dewan badminton sekolah, dewan serbaguna perumahan, dewan serbaguna universiti dan sebagainya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah senaraikan dewan yang terdapat berhampiran kawasan anda, kemudian dapatkan nombor telefon ahli jawatankuasa dan tanyakan kos sewa dewan selama sehari. Pilih lokasi dewan yang sesuai menurut dengan anda pada kos yang paling minimal!


#7. Checklist
Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet majlis perkahwinan Anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.